REVIEW BLOG: Sayidah Napisah

Apa khabar semua? Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Hari ini saya ingin meneruskan lagi review blog bagi pemenang segmen blogwalking TWJ April 2019, iaitu Sayidah Napisah. Jadi, mari kita berkenalan dengan pemiliknya terlebih dahulu sebelum membaca review.

Pemilik blog:
Beliau bernama Sayidah Napisah dan berusia 26 tahun. Beliau merupakan seorang tutor bagi subjek matematik dan juga freelance editor di sebuah syarikat penerbitan. Beliau antara rakan blogger saya terawal dan seorang yang friendly. Bagi adik-adik yang mengalami masalah dalam subjek matematik, bolehlah mendapatkan khidmat beliau jika adik-adik tinggal berdekatan dengan tempat tinggalnya.

Review blog:
Blog Sayidah Napisah sudah lama beroperasi, iaitu sejak tahun 2012. Pelbagai topik yang terdapat dalam blog tersebut. Antaranya tips untuk blogger, kelas tutor matematik, isu-isu semasa dan sebagainya. Banyak perkongisan yang bermanfaat di blog tersebut. Templatenya pula agak ringkas dan dipenuhi dengan widget seperti bloglist dan blog archive. Boleh dikatakan pemiliknya begitu aktif mengemaskini blog pada tahun ini kerana sudah beratus-ratus entri yang ditulis. Memang seronok membaca entri di blog tersebut terutamanya entri tentang tips blogging.

Entri yang saya suka:
1. Entri check 'search keyword' di Google.. blog muncul di page berapa?. Entri ni memang sangat sesuai untuk blogger baru seperti saya. Memang rasa teruja untuk tengok entri yang saya tulis muncul di page berapa apabila check keywords di Google.

2. Entri kenapa kena rajin update blog setiap hari? Apa kelebihannya? Sebagai seorang pelajar universiti yang akan memasuki tahun akhir pengajian, saya semakin sibuk dan tidak dapat menulis entri baru sekerap dulu. Namun, apabila sudah tahu kelebihan mengupdate entri baru setiap hari, saya cuba mencari masa untuk menulis sekurang-kurangnya satu entri setiap dua hari.

3. Entri pengalaman menjadi tutor matematik , ajar kelas tuisyen addmath, calculus & statistik. Entri ini memberikan gambaran tentang bagaimana untuk menjadi seorang tutor. Bagi yang ingin menjadi tutor, anda boleh jadikan pengalaman Sayidah sebagai panduan. Saya pun seorang tutor seperti beliau jadi memang boleh relate dengan apa yang beliau kongsikan. Cuma bezanya menjadi tutor bukanlah pekerjaan utama saya manakala Sayidah menjadikan tutor sebagai kerjaya utama.

Sampai sini saja review blog untuk kali ini. Jangan lupa blogwalking dan tunjukkan sokongan anda kepada rakan blogger lain. Satu lagi review blog akan menyusul nanti.

Comments

Post a Comment