REVIEW BLOG: YEASLMN

Hai semua.
Hari ini kita bertemu lagi dalam review blog bagi pemenang segmen blogwalking TWJ April 2019. Sebelum ini, saya telah membuat tiga review blog dan kini tibalah giliran blog YEASLMN untuk direview. Tanpa melengahkan masa, mari kita berkenalan dengan pemiliknya terlebih dahulu.

Pemilik blog:
Pemilik blog YEASLMN diberi nama Yangku Elma Ayyunie Sulaiman. Beliau berumur 25 tahun dan berasal daripada Negeri Sembilan. Beliau merupakan antara rakan blogger saya dan pengikut terawal blog The Wonderful Jannah. Beliau suka membantu rakan blogger dan widget top commentators di blog ini berjaya diletakkan hasil bantuan daripada beliau. YEASLMN juga merupakan blogger yang rajin memberikan sokongan terhadap segmen yang dianjurkan oleh blogger lain. Beliau telah menamatkan pengajiannya pada tahun ini dan telah memasuki alam pekerjaan.

Review blog:
Nama blog YEASLMN  diambil daripada singkatan nama pemiliknya. Entri di blog tersebut terdiri daripada pelbagai topik termasuklah kesihatan, resepi dan makanan. Blog tersebut bukanlah blog pertama yang dimiliki oleh pemiliknya. Blog YEASLMN boleh dikatakan sebagai comeback setelah sekian lama pemiliknya menyepi dalam dunia blogging.

Entri yang saya suka:
1. Entri Menu: Rendang Daging (Hari Mantai). Entri ini memberikan pengetahuan baru kepada saya tentang budaya masyarakat Negeri Sembilan. Kali pertama saya tahu tentang mantai adalah melalui blog YEASLMN.

2. Entri Atasi ketakutan ketika berucap|Teknik pengucapan awam Sebagai seorang pelajar universiti, membuat pembentangan dan berucap di hadapan orang ramai sudah menjadi satu kewajipan kepada saya. Tips yang dikongsikan sememangnya bermanfaat dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

3. Entri menjadi seorang blogger. Entri ini memang sesuai untuk blogger baru seperti saya. Bukan senang untuk berikan komitmen. Kadangkala blog hanya terbiar buat seketika kerana kekangan masa. Namun, disebabkan minat yang mendalam dalam bidang penulisan dan dunia blogging, pelbagai usaha dilakukan untuk terus bertahan dalam bidang ini.

Sampai sini saja review blog untuk kali ini. Mari blogwalking dan tunjukkan sokongan anda kepada rakan blogger lain. Dengan ini selesai sudah review blog untuk pemenang segmen blogwalking TWJ April 2019.

Jumpa lagi dalam segmen yang lain😊.

Comments

  1. Wah, terima kasih Jannah untuk review ni. Hehe. Semoga tips2 dan info yg kita kongsi di blog memberi manfaat pd semua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, Yea😊. Mudah-mudahan begitulah.

      Delete
  2. selalu juga blogwalking ke blog yeaslmn ni hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment