Segmen 9 Juta Special Bloglist

Segmen 9 Juta Special Bloglist
Segmen 9 Juta Special Bloglist

Apa khabar semua? Semoga semuanya sihat selalu. Rasanya sudah lama saya tidak menyertai mana-mana segmen. Oleh itu, saya ingin menyertai segmen 9 Juta Blogger Special Bloglist yang dianjurkan oleh blogger Sayidah Napisah.  Kalau anda ingin sertai segmen ini boleh klik banner di atas untuk melihat syarat-syarat penyertaan.

Antara syarat untuk menyertai segmen ini ialah anda perlu follow media sosial Sayidah Napisah. Saya sudah follow semua media sosial beliau kecuali Twitter. Bukan tak nak follow tapi saya tak ada Twitter. Instagram pun ada sebab saya berblogging. Kalau tak, rasanya sampai sekarang tak ada akaun Instagram. Terdapat soalan yang harus dijawab bagi peserta segmen ini iaitu, nyatakan tiga first impression orang terhadap anda; yang biasa anda dengar (lebih daripada tiga tak apa, jangan kurang). Sebenarnya saya memang merancang untuk tulis entri tentang first impression tapi sampai sekarang tak buat-buat lagi. Jadi, jom kita lihat first impression orang terhadap saya.

Pendiam
Perkara ini memang selalu terjadi. Hal ini kerana saya memang kurang/tidak bercakap dengan orang yang saya tak rapat. Kebiasaannya saya hanya bercakap untuk menjawab pertanyaan orang. Namun, sesiapa yang rapat dengan saya pasti tahu bahawa saya sebenarnya banyak cakap kalau kita ada topik yang dapat dibincangkan dan kita sudah biasa berbual.  Jadi, kalau nak buat saya bercakap, carilah topik yang saya minat dan saya ada ilmu/pengalaman tentangnya😂.

Anak sulung
Ramai yang selalu berfikir bahawa saya merupakan anak sulung. Seseorang pernah memberitahu saya bahawa saya mempunyai ciri-ciri seorang anak sulung kerana tahap keprihatinan yang tinggi terhadap orang lain. Tambahan pula, sikap akak-akak dan suka tolong orang yang lebih muda seperti junior. Rasanya mungkin kerana saya mempunyai ramai adik dan semuanya sering bergantung kepada saya. Jadi, saya sudah biasa ada orang yang bergantung kepada saya. Namun, saya tidak selesa untuk bergantung dan berharap kepada orang lain. Saya lebih suka menyelesaikan masalah sendiri tetapi saya suka jika ada yang meminta pertolongan saya. Saya berasa agak janggal untuk meminta bantuan orang lain untuk menyelesaikan masalah saya kerana saya yang selalunya menyelesaikan masalah orang lain.

Pandai
Saya rasa masyarakat kita ni memang ada tanggapan bahawa anak pensyarah/guru memang pandai sejak lahir. Apabila jumpa orang dan bercakap tentang pelajaran, mesti orang akan cakap "mesti pandai ni sebab anak cikgu".  Bukan itu sahaja, kalau dapat keputusan cemerlang pun, orang akan cakap "dia anak cikgu, patutlah pandai". Pandai atau kurang pandai bukan bergantung pada pekerjaan ibu bapa. Kalau ibu bapa dapat semua A masa belajar pun, tak semestinya semua anaknya akan dapat semua A masa peperiksaan. Cuba kita lihat di universiti, semua pelajar universiti tu anak kepada seseorang yang berjawatan tinggi atau anak kepada cikgu/pensyarah ke? Dapat keputusan yang cemerlang tu atas usaha diri sendiri, doa orang di sekeliling terutamanya ibu bapa dan rezeki.

Sekian sahaja entri pada kali ini. Kepada yang belum sertai segmen ini, cepat-cepatlah sertai sebelum tarikh tutup.

*Segmen 9 Juta Special Bloglist ini berlangsung daripada 14 Jun 2019 hingga 4 Julai 2019. 10 pemenang yang terpilih akan dimasukkan ke dalam bloglist. Semoga berjaya kepada semua peserta.

Comments

  1. Selamat bersegmen Jannah. First impression kita lebih kurang sama hihi lagi satu org ingat kita sombong sebab pendiam padahal kita pemalu je. Hahaha. Jadi Jannah anak ke berapa? Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak pertama, Yea. Itulah kadang-kadang orang ingat sombong sebab diam je.

      Delete
  2. Semoga terpilih dalam 9 Juta Special Bloglist..
    LZ pun tak mudah mesra bila pertama kali jumpa tetapi sebenarnya pemalu dan tak tahu nak mulakan perbualan..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Singgah sini dari segmen yang sama :)

    https://fiqadira.blogspot.com/2019/07/segmen-9-juta-special-bloglist.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah di sini😊. Nanti saya buat kunjugan balas ya.

      Delete
  4. singgah sini dari segment yang sama :)

    https://asyiqinroslee.blogspot.com/2019/07/segmen-9-juta-special-bloglist.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah ke sini😊. Nanti saya buat kunjungan balas ya.

      Delete
  5. setuju part pandai tu. expectation masyarakat memang camtu jannah

    ReplyDelete

Post a Comment