BLOGGER CHALLENGE: Describing My Partner Or Someone I Have Feelings For

Blogger Challenge

Kalau sebelum ni kena bercerita tentang current relationship, kali ni kena bercerita tentang pasangan atau seseorang yang saya ada perasaan kepadanya. Dua tajuk nilah yang membuatkan saya dalam dilema untuk sertai blogger challenge masa mula-mula sebab saya takut tak ada idea nak tulis apa. Memandangkan dah berjaya tulis yang nombor 2 tu, mesti yang nombor 4 ni boleh juga kan. 

Seperti yang saya sudah beritahu dalam entri sebelum ni, saya tiada kekasih, crush atau yang seangkatan dengannya. Kalau nak tahu sebabnya, kenalah baca entri nombor 2. Boleh klik blogger challenge untuk baca entri tersebut. 

Memandangkan saya tak ada pasangan, jadi saya nak ceritakan tentang orang yang rapat dengan saya selain daripada keluarga. Sudah semestinya kawan baik atau pun best friend forever (BFF). Saya ada beberapa sahabat yang memang rapat dengan saya. Untuk pengetahuan semua, saya ni bukan jenis yang ramai kawan sebab saya ni seorang yang pendiam. Kena orang tegur saya dulu. 

Saya tidak ada masalah siapa-siapa nak berkawan. Cuma kalau kawan rapat tu, lebih banyak perkara yang boleh dibualkanlah. BFF saya terbahagi kepada dua. Satu BFF dari zaman sekolah, satu lagi bff masa di universiti sekarang ni. Saya cerita satu-satu lah ya. 

Kita mulakan dengan BFF dari zaman sekolah dululah. Kami dah kenal masa menengah rendah lagi tapi masa tu cuma kenal gitu-gitu je. Setakat rakan sekelas dan bukanlah selalu luangkan masa bersama. Kami mula rapat masa sertai pasukan bahas dan debat sekolah. Apabila jumpa hari-hari dan mula dapat keserasian sebagai satu pasukan, kami dah mula jadi kawan rapat. Syukurlah, sampai sekarang persahabatan kami masih terjalin walaupun dah lama tinggalkan sekolah. 

Kalau ada cuti, memang kami akan berhubung untuk aturkan pertemuan. Kali terakhir jumpa masa hari raya tahun lepas sebelum balik Melaka. Tahun ni tak ada rezeki lagi nak jumpa sebab dia pun dah sambung belajar. Cuma hantar ucapan hari raya je. Masa tahun baru Cina dulu, kami cuti tapi saya sibuk di kampung dan kurang sihat masa tu. Boleh dikatakan BFF masa sekolah nilah tempat mengadu masa keputusan add math sangat-sangat teruk. Kalau jumpa mesti banyak cerita dan asyik gelak je. Cuma kami faham lawak kami. Setakat ni tak pernah lagilah ada yang boleh buat saya gelak beria-ria macam masa sekolah dulu. Teman untuk buat persiapan SPM pun ya juga. Syukurlah, masing-masing dapat keputusan yang baik untuk SPM. 

Baiklah, sekarang ni kita beralih ke BFF di universiti pula. Kami kenal sejak asasi lagi. Walaupun mereka bukanlah kawan pertama saya, tapi persahabatan kami kekal hingga kini. Kami mula rapat sebab berada dalam kumpulan yang sama untuk assignment. Apabila dan selesa dengan cara masing-masing, kami memang selalu berada dalam kumpulan yang sama untuk apa-apa tugasan kecuali kalau pensyarah yang bahagikan ahli kumpulan. 

Walaupun kami berlainan kaum dan agama, tapi masing-masing saling menghormati. Banyak sebenarnya ilmu baru yang saya dapat apabila berkawan dengan mereka. Budaya dan tradisi yang saya tak pernah tahu pun sebelum ni, saya dah tahu sekarang ni. Selain itu, mereka inilah yang menjadi peneman untuk jalan-jalan dan keluar makan. Salah satu sebab kami boleh serasi ialah cara kami kalau keluar jalan-jalan. Ada orang jenis keluar untuk cari makanan yang sedap dan mahal atau tengok wayang. Tapi tak bagi kami. Kami suka window shopping. Jalan-jalan tengok barang kat shopping mall tapi tak beli pun. Kawan-kawan lain yang pernah ikut kami tak mampu nak ikut cara kami. Lepas sekali dah ikut kami jalan-jalan, terus tak nak ikut dah lain kali sebab kepenatan pusing satu pusat beli-belah😂.

Bagi saya, BFF sejak zaman sekolah dan BFF di universiti ada keistimewaan yang tersendiri. Walapun saya berjumpa mereka di tempat yang berbeza, ada persamaan antara mereka. Sudah semestinya KFC. Kami memang jenis yang lepak kat KFC. Kalau tak ada idea nak makan kat mana, KFC lah jawapannya sebab semua orang boleh makan dan semua suka KFC. Tak perlu pening-pening fikir tempat makan. 

Harapan saya ialah semoga persahabatan kami terus berkekalan walaupun masing-masing mungkin tidak dapat selalu berhubung seperti dulu lagi. Semoga anda dan sahabat anda juga begitu. Jumpa lagi. 

Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. goodluck berblogger challenge :D saya pun join gak hehe btw saya follow sini yang ke #82 :) mind followback if free ya :)

    https://sayesyadiya.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Good luck juga. Btw thank you sudi follow blog saya. Nanti saya follow back ya😊.

      Delete
  3. kalau kite buat challenge ni.. sampai sini je dah stuck.
    ahahaha xde nak describe sapa sapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jomlah join, SYM. Saya pun risau juga masa mula-mula. Tapi bila dah lepas yang nombor dua, mesti yang nombor empat ni lepas juga😊.

      Delete
  4. saya pula dengan sorang BFF sekolah tu suka borak2 kat McD. 2 orang BFF university pula kat Pizza Hut hehehee. BFF matrik? hmmm jarang sangat jumpa hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua jenis lepak kat restoran fast food😂. Tempat yang kena dengan selera semua orang.

      Delete
  5. Wow jannah ahli debat ye.. bila baca post Ni teringat oula BFF mama. Lama dah x Tanya khabar dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, Mamapp. Saya join debat bahasa Melayu dan debat bahasa Inggeris dulu. Tapi sejak masuk universiti ni, saya dah tak aktif berdebat.

      Delete
  6. Replies
    1. Betul tu, Kak Sha. Selain daripada keluarga, BFF adalah orang yang sentiasa ada apabila kita susah dan senang.

      Delete

Post a Comment