Loghat Pahang, Ramai Yang Tidak Tahu Kewujudannya

Pernahkan anda mendengar loghat Pahang? Tahukah anda tentang kewujudannya? Jika kita lihat di kaca televisyen, jarang loghat Pahang menjadi pilihan pembuat filem/drama berbanding dengan loghat negeri Pantai Timur yang lain, iaitu Kelantan dan Terengganu.

Ada yang menganggap bahawa rakyat Pahang tidak mempunyai loghat yang tersendiri. Bagi yang berfikiran sebegini, anda harus menukar persepsi tersebut. Untuk pengetahuan anda, kami mempunyai loghat tersendiri cuma kami bijak menyembunyikannya.

Sebenarnya, agak susah untuk meneka bahawa seseorang itu dari Pahang kerana kebiasaannya kami tidak bertutur dalam loghat Pahang dengan orang luar. Kami akan menggunakan bahasa Melayu standard atau loghat KL. Inilah perbezaan orang Pahang dan penduduk negeri Pantai Timur yang lain. Cuma kalau tengah marah tu, kadang-kadang ada juga bunyi Pahang sikit-sikit😂.

Apabila berbual dengan sesama orang Pahang, barulah kendengaran loghat Pahang kami. Saya tak pasti bagi orang lain. Tapi bagi saya, agak kekok untuk berbual dalam loghat Pahang dengan orang yang tidak memahami loghat kami. Yang menjadi stres adalah apabila orang lain tak faham apa yang kami cuba sampaikan. Hal ini kerana, ada perkataan yang sama seperti bahasa Melayu standard tetapi maksudnya berbeza.

Ada yang mengatakan bahawa loghat Pahang sama dengan loghat Perak. Saya tidak menafikan bahawa terdapat sedikit persamaan tetapi bukanlah 100% sama. Di negeri Pahang saja, terdapat banyak loghat mengikut kawasan. Sebagai contoh, perkataan saya adalah berbeza di setiap daerah.

Disebabkan terdapat orang Terengganu dan Kelantan juga di negeri Pahang, jadi kadangkala terdapat percampuran loghat ketika bertutur. Ada masanya saya juga keliru loghat dari negeri Pantai Timur yang mana digunakan.  Jika anda pergi ke pasar, tidak mustahil untuk anda mendengar loghat dari tiga buah negeri Pantai Timur. Boleh dikatakan kebanyakkan orang-orang tua akan bertutur dalam loghat Pahang berbanding bahasa Melayu standard. Di sekolah pula, penggunaan loghat Pahang tidaklah sepenuhnya kerana anak-anak muda boleh bertutur dalam loghat KL. 

Jika dibandingkan dengan rakan-rakan saya yang lain, penguasaan loghat Pahang saya tidaklah sehebat mereka. Kadangkala boleh faham apa yang dituturkan cuma saya tidak tahu untuk merangka ayat yang betul dalam loghat Pahang. Disebabkan keluarga saya tidak menggunakan loghat Pahang 100% di rumah, saya menyangkakan bahawa saya bertutur dalam bahasa Melayu stardard. Namun, apabila saya melanjutkan pelajaran di Melaka, barulah saya sedar bahawa terdapat perkataan yang saya gunakan daripada loghat Pahang sebenarnya.

Untuk pengetahuan anda, loghat Pahang lebih susah untuk dipelajari berbanding loghat Utara. Walaupun saya tidak bertutur dalam loghat Utara, tetapi saya boleh memahami kebanyakkan perkataan yang digunakan. Hal ini kerana, loghat Utara biasanya menukar sebutan di hujung perkataan. Contohnya, perkataan malas disebut malaih. Bagi loghat Pahang, perkataan asal dan perkataan dalam loghat Pahang amat jauh beza. Sebagai contoh, perkataan jabir bermaksud plastik. Nampak tak perbezaannya?

Jadi, kepada yang berhasrat untuk tinggal di Pahang tu, bolehlah mula belajar loghat Pahang. Semoga perkongsian ini dapat menyedarkan rakyat Malaysia bahawa loghat Pahang itu wujud. Saya akan kongsikan lebih lanjut tentang loghat Pahang dalam entri yang lain.

Comments

  1. Kalau loghat utara hampir sama, contohnya di kedah. Setiap daerah loghat adalah hampir sama, jika pergi kawasam perdalaman seperti Sik, Baling loghat kedah akan menjadi pekat dan hampir tidak paham kalau orang luar dengar.

    Naim sebenar tak suka orang luar berlakon cakap loghat utagha, x masuk langsung. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, loghat Utara di setiap daerah hampir sama. Kalau pergi ke kawasan kampung di Pahang pun ada yang loghat Pahangnya lebih pekat terutamanya dalam kalangan warga tua. Orang Pahang sendiri pun kadang-kadang susah nak faham😅.

      Delete
  2. Selalu dengar orang pahan macam suka cakap "koi " .. :D syaza follow naa ; follower #75

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Koi" tu bermaksud saya. Biasanya, orang belah Temerloh guna "koi". Daerah lain guna perkataan lain untuk mewakili saya. Contohnya, "kawan" digunakan oleh orang belah Pekan. Btw thanks follow blog ni😊.

      Delete
  3. Rasanya setiap negeri ads loigatnya tersendir.. Mcm d sabah jg logatnya berbeza2. Cthnys logat bg etnik brunei dari kawasan lain berbanding loigat etnik brunei dari kawasan bongawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Walaupun datang dari negeri yang sama, loghatnya mungkin berbeza mengikut daerah.

      Delete
  4. jarang jugak jumpa orang menyembang dalam loghat pahang. Yang selalu dengan koi dengan rodong je lah hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah nak jumpa orang sembang dalam loghat Pahang di luar Pahang😅. Koi tu maknanya saya. Rodong tu pula maksudnya kawan.

      Delete

Post a Comment