BLOGGER CHALLENGE: Everyday Makeup Look

Hai semua.
Rasanya dah lama pula saya tinggalkan Blogger Challenge disebabkan agak sibuk minggu lepas. Sebenarnya, minggu ni agak sibuk juga kerana ada kuiz, midterm dan perjumpaan dengan supervisor FYP. Tapi saya 'lari' sekejap dan luangkan masa untuk blog ni. Jadi, jom kita teruskan dengan "My Everyday Makeup Look".

Untuk entri kali ni, kita akan bercerita tentang makeup. Sebenarnya, saya bukanlah seorang yang minat menggunakan makeup. Everyday look saya adalah tanpa makeup. Rasanya tak pernah lagi keluar rumah dengan makeup😅.

Saya tidak selesa menggunakan makeup walaupun bedak muka sebab saya tak suka ada sesuatu atas kulit saya. Gincu dan yang lain-lain, lagilah tak ada. Jadi, jangan nak minta saya tolong makeupkan sebab saya memang tak pandai makeup. 

Selain itu, saya seorang yang sukakan natural beauty. Bagi saya, seri wajah seseorang tu akan berkurang apabila sering menggunakan makeup. Berdasarkan pemerhatian saya, orang yang selalu menggunakan makeup, wajahnya seperti kurang menyerlah apabila tidak mengenakan makeup. Tapi ini sekadar pendapat saya. Terpulang pada diri masing-masing untuk menggunakan makeup ataupun tidak.

Namun, saya tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan makeup untuk hari-hari istimewa dalam hidup seperti hari perkahwinan. Saya rasa apabila kita jarang menggunakan makeup, wajah kita akan lebih menyerlah apabila menggunakan makeup. 

Ada hikmahlah juga saya tak minat makeup. Dapatlah jimat duit. Bukan murah ya untuk beli set barang makeup yang berkualiti dan segala jenis produk kecantikan tiap-tiap bulan. Duit tu dapatlah saya gunakan untuk beli barang keperluan yang lain dan novel😂.

Entri dah nak habis tapi kenapa tak ada gambar lagi? Sebabnya sudah saya jelaskan dalam entri pertama untuk Blogger Challenge.

Saya harap dengan perkongsian saya ini tiada yang terasa atau pun mengecam. Semua ini hanya pendapat dan pilihan saya. Saya tidak ada masalah dengan orang yang minat makeup sebab kita berhak untuk menentukan apa yang ingin kita pakai. Zaman sekarang ni lelaki pun ada yang bermakeup. Apa pendapat anda tentang lelaki yang mengenakan makeup? Bagi kaum perempuan, adakah anda tergolong dalam kumpulan yang mengenakan makeup setiap hari atau hanya sekali-sekala? Tinggalkan jawapan anda di ruangan komen.

Comments

  1. Mama pun jarang mekap.. bukan saja mekap, foundation pun mama xde hihi

    ReplyDelete
  2. Kalau confident dengan naked face ok je. Akak kalau tak calit bedak mau lari orang sebelah. Hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rasa lebih confident bila gunakan makeup, lebih baik gunalah makeup. Ada orang guna makeup untuk self confidence.

      Delete
  3. sama la..kita pun jarang makeup kecuali ada appointment tapi makeup simple jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. At least boleh juga makeup diri sendiri walaupun simple je. Saya memang tak ada pengalaman langsung😅.

      Delete
  4. same. bukan tak minat mekap ni, tapi tak reti. kalau p watson pasti capai segala bagai alat mekap, bila sampai rumah simpan dalam beg mekap. p kerja hanya pakai lip gloss dgn bedak baby. hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dua-dua sekali. Tak minat dan tak reti😆.

      Delete
  5. bagusnyaa tak pakai mekap. hewhew.. akak kalo x pakai tanjat la anak2 murid akak dalam kelas tu ahhaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, akak cikgu rupanya. Mesti pelikkan kalau tiba-tiba akak tak pakai mekap masa gi mengajar😅.

      Delete

Post a Comment