EXPERIENCE: Situasi Yang Pelajar Bioinformatik Di Malaysia Sering Hadapi

Hai semua😊.
Dalam beberapa entri sebelum ini, saya ada kongsikan tentang bidang bioinformatik di Malaysia dan kehidupan saya sebagai seorang pelajar jurusan bioinformatik. Jadi, dalam entri kali ini, saya ingin meneruskan perkongsian dengan tajuk "Situasi Yang Pelajar Bioinformatik Di Malaysia Sering Hadapi".

1. Kewujudan di universiti tidak begitu disedari.
Disebabkan peratusan pelajar bioinformatik di kebanyakan universiti adalah sangat sedikit, kewujudan kami sering tidak disedari oleh pelajar lain dan para pensyarah. Sudah menjadi kebiasaan untuk pensyarah tidak menyebut tentang kos kami apabila berada di dalam kelas yang melibatkan pelajar daripada kos lain.

2. Tak ada kelab atau persatuan tersendiri.
Saya tak pasti di universiti lain tapi di universiti tempat saya belajar, memang tiada kelab khusus untuk pelajar bioinformatik. Pelajar law, engineering, IT dan business ada persatuan mereka sendiri tetapi tidak bagi pelajar bioinformatik.

3. Kurang aktiviti yang melibatkan bioinformatik.
Disebabkan bioinformatik tidak mempunyai kelab dan persatuan tersendiri untuk merancang dan menganjurkan acara, agak susah untuk mendapat peluang bagi menyertai aktiviti yang berasaskan bioinformatik. Memang harapkan acara yang dianjurkan pihak luar sajalah tapi bukanlah banyak sangat pun yang bersesuaian dengan status kami sebagai pelajar universiti dan kebiasaannya ada bayaran yang dikenakan.

4. Orang asyik tanya masa depan pelajar bioinformatik.
Situasi ni agak annoying kadang-kadang. Bagi saya, setiap orang ada hak masing-masing untuk pilih bidang yang mereka ingin ceburi. Tak salah bertanya untuk menambah ilmu dan memastikan pemahaman mereka tentang bioinformatik adalah betul. Tapi cara bertanya tu kenalah betul. Tak mustahil ada gunakan ayat seperti "Belajar bioinfomatik ni ada masa depan?", "Ada ke peluang kerja di Malaysia untuk bioinformatik?" dan sebagainya.

5. Ramai yang tanya sama ada bioinformatik ni bidang yang baru.
Memandangkan bioinformatik bukanlah bidang yang popular di Malaysia, ramai yang mengganggap bahawa bidang ini baru bertapak di Malaysia. Sebenarnya, bioinformatik ni tak adalah baru sangat cuma masih dalam usaha untuk bersaing dengan bidang-bidang lain yang ada.

6. Tak ramai senior yang boleh dihubungi.
Mungkin ada yang kata, apabila tak ramai pelajar dalam bidang bioinformatik, senanglah nak bonding dengan senior. Ada benarnya tetapi apabila anda memerlukan buku teks daripada senior, barulah anda tahu betapa susahnya hidup sebagai pelajar bioinformatik. Ada sesetengah buku yang susah untuk dicari di luar dan kalau ada pun biasanya harga buku tersebut agak mahal. Alternatif yang terbaik adalah dengan membeli buku daripada senior. Namun, apabila bilangan junior melebihi bilangan senior, memang kena berebut untuk dapatkan buku tersebut.

Untuk entri ini, saya kongsikan tentang enam situasi terlebih dahulu. Nanti saya sambung perkongsian tentang bioinformatik lagi. Sesiapa yang merupakan pelajar bioinformatik juga, boleh tinggalkan komen  di bawah. Boleh kita build networking sesama pelajar bioinformatik. Lagipun saya dan kawan-kawan ada menganjurkan acara untuk pelajar bioinformatik. Kalau ada yang berminat untuk sertai, boleh hubungi saya.

Bagi yang baru ingin melangkah ke dunia bioinformatik dan banyak persoalan yang bermain di fikiran, boleh hubungi saya juga melalui emel thewonderfuljannah@gmail.com atau pun DM di Instagram @thewonderfuljannah. Saya akan cuba sehabis baik untuk bantu berbekalkan pengalaman saya dari asasi sehingga di tahun akhir pengajian kini.

Semoga berjaya.

Comments

  1. about club or society tu.. why not korang sendiri jadi pioneer dan wujudkan club tu ? during my time pun as a student ada da banyak club tapi kami x berkenan club2 yg seniors buat. rebellious juniors hahaha kami design club sendiri. well bukan akak la.. orang lain. akak support je hahaha.. cuma it is not impossible. if korang bersatu teguh.. one day tah tah lebih ramai yang tahu pasal this course =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan akak yang asaskan kelab baru tu😅. Nak tubuhkan club/societies tu bukan mudah. Masalahnya sekarang ni bila students tak ramai, susah nak pastikan survival of that club. Banyak club/societies yang kena bubar sebab tak ada man power utk run club tu. Harap-harap dengan penganjuran event related to bioinformatics dapat wujudkan lebih banyak kesedaran tentang bioinformatik.

      Delete
  2. Eleh.... yang banyak cekadak suka tanya soalan2 insensitive tu, JR cakap ja kat depa....students lain yang study courses yang popular (engineering contohnya) pun ramai ja yang end up buat kerja lain yang totally keluar bidang, jadi usahawan dan sebagainya. Rezeki masing2 lah....😎

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, rezeki masing-masing. Asalkan kita tak buat jenayah dan perkara yang melanggar undang-undang, teruskan jelah apa yang kita buat😂. Masa saya mula2 blogging dulu pun ramai yang tanya tentang future blogging ni. Bila Google Adsense dah diapproved, barulah ramai yang sedar blogging ni bukan untuk minat semata-mata tapi boleh buat duit kalau kena dengan caranya.

      Delete
  3. actually.. ambil bidang apa pun tak jadi masalah cuma orang kita nie judgemantel sikit.. Yang tak pernah dengar atau kurang popular sellau diperlekehkan.. Just anggap itu sebagai cabaran.. You can do it Jannah.. Dengan berkongsi di blog ini, jannah sedang mendidik pembaca lain mengenai bidang ini.. Teruskan berkongsi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan Kak Sha. Ramai yang anggap kalau popular atau majoriti orang buat sesuatu tu, mesti benda tu perkara yang bagus.

      Delete
  4. Tbh ni first time tahu kewujudan bidang ni. Rajin-rajin la share pasal bidang awak and please put some pictures too. All the best to you and your classmates. :)

    ReplyDelete

Post a Comment