Merdeka Challenge TWJ 2019

Apa khabar semua pengunjung setia The Wonderful Jannah? Terima kasih kerana masih terus mengunjungi blog saya ni. Hari ni saya nak lancarkan satu challenge iaitu "Merdeka Challenge TWJ 2019". Challenge ni bersempena dengan bulan kemerdekaan kita.

Blogger challenge pun tak selesai lagi tapi saya tetap nak buat Merdeka Challenge. Jadi, apa yang saya akan buat untuk challenge ni?

Perancangan saya ialah untuk menulis entri bagi challenge ini sebanyak yang boleh. Antara tema yang sesuai untuk challenge  ini ialah:

1. Kemerdekaan Malaysia

2. Fakta menarik tentang Malaysia

3. Jalur Gemilang

4. Negeri-negeri di Malaysia

5. Makanan di Malaysia

6. Tempat pelancongan di Malaysia

7. Kaum-kaum di Malaysia

dan banyak lagi.

Sebenarnya, tak kisah pun nak tulis apa-apa topik asalkan berkait dengan negara kita. Tapi pastikan tak sentuh isu-isu sensitif dan politik. Boleh ceritakan tentang budaya yang unik, kaum-kaum minoriti, loghat negeri, sebab kenapa anda bangga jadi rakyat Malaysia dan sebagainya. Ikut kreaktiviti masing-masinglah.

Challenge ini akan berakhir pada 31 Ogos 2019, 11,59 malam. Mari kita lihat siapa yang dapat buat paling banyak entri untuk Merdeka Challenge. Yang dah join, sila tinggalkan link entri di ruangan komen supaya saya dan blogger lain boleh blogwalking nanti. Jangan lupa backlinkkan ke entri ini juga.

Jom ramai-ramai memeriahkan segmen ni. Semoga berjaya😊.

Comments

  1. Wah.. menariklah challenge Jannah ini.. Tapi idea kering ini.. hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment