Avocado Choc Melaka, Rezeki Yang Tidak Dijangka

Pernah tak anda dengar orang cakap yang rezeki tu boleh datang dalam pelbagai bentuk, bukanlah duit semata-mata? Sebenarnya, ini kejadian yang berlaku bulan lepas tapi baru sekarang sempat cerita di blog. Boleh dikatakan bahawa sem ini agak mencabar dan meletihkan buat saya. Banyak kerja yang harus disiapkan dan stress pun semakin bertambah setiap minggu. Nasib baik ada yang menggembirakan saya dengan pemberian yang memang tidak dijangka. Apakah itu? Kalau nak tahu, kena teruskan membaca.

Ketika makan tengah hari, ada yang memberikan air Avocado Choc yang dijual berdekatan dengan Kuih Keria Antarabangsa. Sejujurnya, saya tak pernah tahu pun kewujudan Avocado Choc walaupun dan lebih dari tiga tahun tinggal di Melaka.

Kedai Avocado Choc dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 7 petang. Memandangkan saya dah lama tak ke Klebang, jadi saya tidak menyedari kewujudan kedai tu.

Agak speechless masa dapat air tu. Ucap terima kasih sajalah. Memang rezeki yang tidak dijangka dan memang rezeki tu datang tepat pada masanya. Sebelum saya berikan komen tentang air tersebut, jom kita tengok dulu rupanya.


Avocado Choc Melaka

Dari segi pembungkusan memang cantik tapi macam mana pula dari segi rasanya? Masa sedutan pertama pun dah terasa kesedapannya. Untuk pengetahuan semua, minuman di Avocado Choc Melaka ni ada berbagai jenis. Yang saya minum ialah Avocado Gula Melaka 3 Layer. Kalau berkesempatan, memang nak singgah ke kedai yang menjualnya. Sesiapa yang tinggal di Melaka atau dalam perancangan untuk bercuti ke Melaka, saya cadangkan untuk cuba Avocado Choc. 

Apabila saya Google tentang Avocado Choc ni, saya terjumpa pula harganya semasa tahun 2018. Tak tahulah harga sekarang masih sama ataupun tidak. Masa tahu harga tu, saya memang bersyukur dan harapkan orang yang bagi tu teruskan dimurahkan rezeki. Harga dia ala-ala harga Tealive.

Menurut orang yang bagi Avocado Choc ni, kalau pergi beli masa hari bekerja, tak perlu beratur panjang sebab tak ramai orang pun. Jadi, tak perlulah menunggu lama untuk dapatkan minuman tu. 

Saya doakan agar orang yang suka berkongsi rezeki seperti orang yang memberi Avocado Choc ini terus dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Semoga kita semua antara orang-orang yang murah hati dan suka berkongsi rezeki dengan orang lain. Tetapi kena ingat bahawa tidak semestinya rezeki yang kita dapat sama seperti rezeki yang kita kongsikan. Mungkin kita berkongsi rezeki dalam bentuk wang tapi rezeki yang kita dapat dalam bentuk kawan belanja makan. 

Comments

  1. Frust sangat.. Masa kami pergi tu dia tak buka pun.. lama tunggu.. (tak tulis tutup, tulis rehat).. Beli keria je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada urusan lain kot masa tu. Saya tak pernah lagi pergi ke sana😅. Keria pernahlah beli sekali. Lama sungguh beratur sebelum dapat beli.

      Delete
  2. Wah, avocado kak pip suka buat jus, so macam mana rasanya kalau letak gula melaka .. Mesti lagi sedap ni.

    ReplyDelete
  3. Mama sendiri x penah try laa.. sedap ye

    ReplyDelete
  4. tak suka sangat rasa avocado ni walaupun dekat sini banyak tapi agak murah la kalau sama harga dengan tealive.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah minum apa-apa minuman avocado sebelum ni. First time cuba Avocado Choc. Kenalah dengan selera saya.

      Delete

Post a Comment