Senarai Pemenang Segmen 1st Blogversary TWJ



Hai semua. Mesti semua teruja untuk tahu siapakah pemenang untuk segmen bersempena dengan ulang tahun pertama blog The Wonderful Jannah. Maaf atas kelewatan selama sehari. Sepatutnya pengumuman pemenang dilakukan pada 5 November 2019. Namun, saya agak sibuk dengan event seperti yang saya maklumkan sebelum ini.

Terdapat 9 penyertaan yang saya terima untuk segmen tersebut. Namun, saya terpaksa menolak beberapa penyertaan kerana ada satu syarat yang tidak lengkap iaitu, tiada soalan yang ditanyakan.

Sebahagian daripada peserta merupakan blogger yang pernah menyertai segmen yang saya anjurkan sebelum ini. Sebelum saya umumkan pemenang, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua peserta kerana menunjukkan sokongan anda dengan menyertai segmen ini.

Disebabkan hadiah yang ditawarkan adalah lebih banyak daripada jumlah penyertaan, semua peserta akan mendapat hadiah. Mari kita lihat butirannya.

Senarai Pemenang Segmen 1st Blogversary TWJ 
Bloglist
Cheq Pi Mana
Fiqadira
Shuhaida Saad
Pemuda TTBC
Sheila Arshad
Ziana Eunos

Review blog
Cheq Pi Mana
Fiqadira
Shuhaida Saad

Tahniah kepada semua pemenang. Bagi yang tidak terpilih, jangan putus asa dan cuba lagi dalam segmen yang akan datang. Jangan lupa blogwalking ke blog peserta-peserta lain dan sertai segmen yang lain. Semoga segmen ini dapat membantu kita semua untuk menambah kenalan baru. Review untuk 3 blog yang terpilih akan dibuat dalam masa yang terdekat.

Terima kasih semua. Jumpa lagi dalam segmen yang akan datang.


Comments

Post a Comment