Free Gift Daripada Novelis Missa J

Hai semua. Pada bulan lepas, novelis Missa J telah meninggalkan komen di entri blog saya tentang review novel Bicara Cinta karya beliau. Review tersebut saya tulis kira-kira setahun yang lalu sebenarnya (klik sini untuk baca).

Memandangkan novelis Missa J ada membuat satu post tentang pembelian novel Bicara Cinta yang disediakan gift pen buluh dari Sarawak, saya pun menghubungi beliau untuk membelinya. Disebabkan novel tersebut diposkan ke Pahang, jadi saya tidak berpeluang untuk membuka bungkusan yang dikirimkan serta merta.

Apabila pulang ke rumah minggu lalu, barulah berkesempatan untuk membuka bungkusan tersebut. Jom sama-sama kita lihat.

Free Gift Daripada Novelis Missa J

Seperti yang dapat dilihat dalam gambar di atas, bukan satu free gift yang diberikan tetapi ada tiga, iaitu pen buluh, satu zine bergenre seram dan wristlet pouch. Tak sangka banyak free gift yang diberikan. Terima kasih, Kak Missa J.

Zine tersebut merupakan kompilasi cerita-cerita seram yang ditulis oleh beliau. Memang sesuai dengan saya yang sudah semakin sibuk dan mempunyai kekangan masa untuk membaca buku yang tebal. Dalam masa sehari memang sudah habis zine itu dibaca.

Novelis Missa J juga berkongsi entri review novel Bicara Cinta di laman sosial beliau lalu menyumbangkan trafik kepada blog ini. Tambahan pula novel tersebut diadaptasi kepada drama dan bakal ditayangkan pada bulan April ini (ditunda ke bulan September 2020). Drama tersebut menggandingkan Emma Maembong dan juga Adi Putra. Sama-sama kita berikan sokongan kepada drama Bicara Cinta.

Sekian sahaja untuk entri ini. Jumpa lagi.


Comments

  1. Alhamdulillah.. seronok rasanya bila penulis menghargai kita kan..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih banyak2 Jannah.. harap semua suka drama tu walaupun telah digarap semula oleh sang sutradara.. yang penting jalan ceritanya masih sama.

    ReplyDelete

Post a Comment