Segmen Apakah PERKARA pertama yang anda ingin lakukan selepas PKP by zzzyy.blogspot.com 19/04/20 To 28/04/20

Hai semua. Rasanya sudah lama saya tidak menyertai segmen yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger. Jadi, hari ini saya ingin menyertai segmen yang dianjurkan oleh Kak Shirven. Sesiapa yang berminat untuk sertai, boleh klik banner di bawah.

Segmen by Shirven

Syarat untuk menyertai segmen ini amat mudah. Anda hanya perlu follow blog Kak Shirven dan tulis satu entri. Entri tersebut mestilah menjawab persoalan apakah perkara pertama yang anda ingin lakukan selepas PKP nanti. Rasanya kita semua ada senarai panjang untuk topik ni😂.

Untuk pengetahuan semua, perkara pertama saya ingin lakukan selepas PKP adalah untuk kembali ke tempat kerja. Hal ini kerana, latihan industri saya terjejas disebabkan PKP. Memandangkan sem ini merupakan sem terakhir saya sebagai seorang pelajar universiti, saya perlu memastikan yang saya dapat menamatkan latihan industri mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak universiti. Saya lebih selesa untuk bekerja di makmal seperti biasa berbanding bekerja dari rumah. Mudah-mudahan keadaan di negara kita akan pulih seperti biasa tidak lama lagi dan kita semua dapat kembali kepada rutin harian yang biasa.

Sampai sini sahaja entri kali ini. Sesiapa yang belum sertai, marilah kita sertai dan memeriahkan segmen ini. Ada hadiah yang disediakan untuk pemenang tapi masih belum diketahui lagi hadiah apa.

*Segmen Apakah PERKARA pertama yang anda ingin lakukan selepas PKP ni berlangsung daripada 19 April 2020 hingga 28 April 2020.  Semoga berjaya kepada semua peserta.

Comments

  1. JEMPUT https://belogsjm.blogspot.com/2020/04/pencarian-bloglist-by-aisyhah-nyais.html

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana support akak yea jannah. semoga pkp ni cepat abis dan C19 pun cepat2 lah nyah dari muka bumi ini.

    ReplyDelete
  3. macam macam sampai tak tahu nak decide which one lagi utama hehe..

    ReplyDelete
  4. feel you dik! moga dipermudahkan semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Mudah-mudahan dapat kembali bekerja tak lama lagi.

      Delete
  5. Duhh, cepatlah habisss LI.... Kan.. tu harapan tuu.huhu..

    Good luck join giveaway!
    Jemput singgahhh saya punya...

    https://www.nonasani.com/2020/04/segmen-apakah-perkara-pertama-yang-anda.html?m=1

    ReplyDelete
  6. semoga dipermudahkan LI nanti..

    ReplyDelete
  7. Alaa kesiannya tertangguh LI sebab covid-19. Semoga dipermudahkan urusan once PKP dah habis ye

    ReplyDelete

Post a Comment