REVIEW BLOG: SuJuELFarahin

Hai semua. Maaf kerana sudah lama tidak tulis entri baru. Sebenarnya, saya sudah merancang untuk tulis entri review blog bagi pememang Segmen Bloglist PKP 2020, tetapi tergendala kerana kekangan masa. Untuk entri hari ni, saya ingin membuat review bagi blog SuJuELFarahin, iaitu pemenang pertama untuk segmen tersebut.

Sejujurnya, saya tidak pernah mengenali pemilik blog SuJuELFarahin pun sebelum ni. Kali pertama saya mengenali beliau adalah semasa beliau menyertai segmen yang saya anjurkan. Itulah manfaat daripada penganjuran segmen. Kita dapat mengenali rakan blogger yang baru.

Apabila saya blogwalking ke blog SuJuELFarahin, saya dapati bahawa blogger EL Farahin telah lama terlibat dalam dunia blogging. Beliau sudah menulis di blog sejak tahun 2011 lagi. Maknanya sudah hampir 10 tahun beliau dalam dunia blogging.

Untuk pengetahuan semua, blog SuJuELFarahin ditulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sama konsepnya seperti blog The Wonderful Jannah. Cara penulisannya juga agak santai.

Dari segi niche, saya dapati blog SuJuELFarahin tidak hanya fokus pada satu niche. Jika anda singgah ke blog tersebut, anda boleh membaca karya pemilik blog, pendapat peribadi beliau tentang sesuatu perkara dan banyak lagi.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan  terima kasih kepada EL Farahhin atas sokongan yang diberikan kepada segmen yang saya anjurkan. Tahniah atas kemenangan kerana cara penceritaan yang menarik. Semoga terus berjaya dalam dunia blogging dan dapat menghasilkan lebih banyak entri yang bermanfaat.

Sekian sahaja untuk review blog yang pertama. Jangan lupa blogwalking. Jumpa lagi dalam review blog yang seterusnya.

Comments

  1. yea tak pernah baca juga, review jannah buat akak terus nak baca. nice review bout interesting blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh gi blogwalking, kak. Tambah kenalan baru.

      Delete
  2. OMG. Totally forget that i joined your segmen. thank you for the review. i appreciate it. also, for the wish. thank you again ♡

    ReplyDelete

Post a Comment