REVIEW BLOG: Anisa Anuar

Hai semua. Rasanya dah sebulan Segmen Bloglist PKP 2020 berlalu tapi sampai sekarang masih ada dua blog lagi yang belum direview. Maaf atas kelewatan kerana saya ada komitmen terhadap pengajian di universiti. Jadi, terdapat kekangan masa untuk tulis entri baru. Untuk entri kali ini, saya akan membuat review untuk blog Anisa Anuar.

Perkenalan saya dan blogger Anisa Anuar adalah sama seperti perkenalan saya dengan blogger SuJuELFarahin. Kami berkenalan melalui segmen yang saya anjurkan. Bertambah lagi kenalan baru ketika saya menganjurkan segmen.

Rupa-rupanya, blogger Anisa Anuar sudah lama menceburkan diri dalam dunia blogging. Saya lihat entri terawal di blog beliau adalah pada tahun 2010. Mungkin lebih ramai lagi blogger-blogger senior yang belum saya kenal. Mudah-mudahan dapatlah berkenalan dengan mereka dalam segmen-segmen yang akan datang.

Untuk pengetahuan semua, blog Anisa Anuar menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Namun, ada juga entri yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Dari segi niche, blog Anisa Anuar mempunyai niche yang agak sama seperti blog The Wonderful Jannah. Selain daripada kisah hidup blogger Anisa Anuar, blog tersebut juga mempunyai review produk, tempat dan drama.

Ada satu bahagian dalam blog tersebut yang membuatkan saya tertarik, iaitu ABC. Bukan air batu campur tetapi Anisa's Book Collection. Memang sesuai untuk pencinta buku macam saya. Pencinta buku yang lain bolehlah singgah ke blog tersebut.

Akhir kata, terima kasih kepada blogger Anisa Anuar kerana sudi menyertai segmen yang saya anjurkan. Tahniah atas kemenangan kerana kisah yang diceritakan adalah perkara yang dihadapi oleh sesetengah ibu yang bekerja dari rumah. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Sekian sahaja untuk review ini. Jangan lupa blogwalking ke blog Anisa Anuar. Nantikan review blog ketiga untuk pemenang Segmen Bloglist PKP 2020.

Comments

Post a Comment