REVIEW BLOG: Si Nurul

Hai semua. Kini tiba masanya untuk review blog ketiga untuk pemenang Segmen Bloglist PKP 2020. Review hari ini adalah untuk blog Si Nurul.

Blog Si Nurul dimiliki oleh blogger Nurulatika yang berasal dari Sabah. Nampaknya bertambah seorang lagi rakan dari Borneo. Perkenalan kami adalah melalui segmen yang saya anjurkan juga. Semua pemenang review blog untuk segmen kali ini adalah rakan blogger yang baru.

Blog Si Nurul boleh dikatakan agak baru dalam dunia blogging. Namun, followersnya sangat ramai dan banyak entri yang sudah dihasilkan. Setelah saya blogwalking ke blog Si Nurul, saya dapati bahawa blog tersebut menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Setakat ni saya belum jumpa lagi entri dalam Bahasa Inggeris.

Dari segi niche, blog Si Nurul tidak mempunyai satu niche yang spesifik. Pemilik blog berkongsi tentang pelbagai perkara di blog beliau. Jadi, memang sesuai untuk yang nak baca tentang pelbagai topik di blog yang sama.

4 fokus utama di blog Si Nurul adalah blogging, review, kolaborasi serta tips dan tutorial. Blogger Nurulatika rajin berkogsi tips untuk blogging. Banyak ilmu yang saya dapat untuk lebih berjaya dalam dunia blogging. Blogger-blogger baru memang disarankan untuk baca entri yang ada di blog Si Nurul.

Akhir kata, saya ingin berterima kasih kepada blogger Nurulatika atas penyertaan dalam Segmen Bloglist PKP 2020. Tahniah atas kemenangan kerana kisah kakak dan adik-adik semasa PKP. Sebagai seorang kakak, saya memahami apa yang dilalui oleh beliau. Semoga kita dapat bertemu lagi dalam segmen-segmen yang lain.

Sampai sini sahaja review kali ini. Jadi, berakhir sudah Segmen Bloglist PKP 2020. Jangan lupa berkunjung ke blog Si Nurul. Nantikan juga segmen pada masa akan datang. Jumpa lagi.

Comments

  1. Assalamualaikum.. Tadi tengok godek reading list tetiba nampak nama blog kita huhu.. Terima kasih sgat sbb sudi review blog sy.. tak sangka pula terpilih sdgkan entri tu saja2 je nak luahkan perasaan .. hehe.. Terima kasih sekali lagi.. maaf sbb jarang2 juga blogwalking blog ni.. lepas nie sy akan kerap lagi blogwalking di blog ni.. Thanks a lot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2๐Ÿ˜Š. Terima kasih juga sebab singgah sini.

      Delete
  2. Boleh la bw blog dia pulak lepas ni..

    ReplyDelete
  3. ehee antara blog yang kite selalu jenguk juga
    jika ada kesempatan =)

    ReplyDelete

Post a Comment