Tips Untuk Dapat Anugerah Dekan Di Universiti

Entri ini khas untuk pelajar universiti yang bercita-cita untuk mendapat anugerah dekan setiap semester. Untuk pengetahuan pelajar baru, anugerah dekan merupakan anugerah yang diberikan oleh fakulti kepada pelajar yang mencapai pointer tertentu. 

Pointer yang ditetapkan untuk anugerah dekan mungkin berbeza untuk setiap universiti. Ada yang meletakkan syarat CGPA 3.5 dan ke atas untuk memperoleh anugerah dekan. Ada universiti yang meletakkan syarat yang lebih tinggi.

Tanpa melengahkan masa, jom kita lihat tipsnya.

1. Fokus di dalam kelas
Ilmu masa pensyarah mengajar tu memang penting. Kalau kita bertanya pensyarah atau kawan selepas kelas, mungkin penerangannya sedikit berbeza. Kadangkala, pensyarah akan tekankan topik mana yang penting. Jadi, pastikan anda catat perkara-perkara penting. Kalau penerangan pensyarah dan slides ada perbezaan, tambahkan saja extra points  pada slides.

2. Kenal pasti cara belajar
Setiap pelajar mempunyai cara belajar tersendiri. Pastikan anda tahu cara belajar yang sesuai dengan diri anda. Ada pelajar lebih serasi dengan cara membuat nota. Ada pelajar yang lebih selesa dengan konsep study group.

3. Cari kawan yang baik
Apabila berada di alam universiti, kawan memberikan pengaruh yang besar kepada kehidupan kita sebab kebanyakan masa kita dihabiskan dengan mereka. Carilah kawan yang selalu mengajak anda untuk membuat kebaikan dan sama-sama ingin mendapat keputusan yang cemerlang. Kawan yang pandai tak semestinya kawan yang baik sebab ada orang yang hanya inginkan kejayaan untuk diri sendiri.

4. Pilih groupmate yang bagus
Kebiasaannya, group assignment menyumbangkan markah yang tinggi dari segi penilaian. Jadi, pastikan anda memilih groupmate yang boleh buat kerja dan boleh siapkan kerja on time. Tapi kalau pensyarah dah tetapkan groupmate, terima sajalah.

5. Menjaga hubungan
Menjaga hubungan dengan manusia dan Tuhan adalah amat penting untuk mendapatkan keberkatan dalam menuntut ilmu. Hormati ibu bapa dan pensyarah. Apabila kita berbuat baik terhadap orang lain, kebaikan kita mungkin dibalas dalam bentuk doa-doa yang baik untuk kita.

6. Cuba dapatkan sebanyak mungkin markah
Tolong jauhkan diri daripada mindset "Tak apalah coursework rendah. Final exam nanti baru belajar betul-betul". Pastikan dari awal hingga akhir semester, anda kumpulkan sebanyak mungkin markah. Biarlah asyik muka anda saja yang dapat markah penuh untuk kuiz dan ujian. 

7. Seimbangkan masa belajar dan aktiviti lain
Selain daripada belajar, anda mungkin sibuk dengan aktiviti lain seperti sukan, persatuan dan kepimpinan. Oleh itu, pengurusan masa yang baik amatlah penting supaya anda tidak ketinggalan dalam pelajaran.

8. Banyakkan buat latihan
Untuk meningkatkan pemahaman anda terhadap sesuatu topik, buatlah latihan selepas pesnyarah mengajarkan topik tersebut. Latihan mungkin dalam bentuk soalan tutorial ataupun soalan tahun-tahun lepas. Cara ini juga membantu anda untuk mempersiapkan diri bagi peperiksaan akhir.

9. Jangan kedekut ilmu
Kita harus ingat bahawa ilmu yang kita ada adalah hasil perkongsian ilmu dari orang lain. Oleh itu, janganlah kita kedekut untuk berkongsi ilmu yang ada dengan orang lain. Apabila kita saling berkongsi ilmu dengan orang lain, lebih banyak ilmu yang kita dapat sebenarnya. Tolong jauhkan diri daripada tanggapan orang yang kita ajar akan jadi lebih pandai dan akan kalahkan kita.

10. Reward diri sendiri
Perkara yang paling penting semasa di universiti adalah untuk terus memotivasikan diri kita. Akan ada masa di mana kita rasa sangat susah hingga rasa nak berhenti saja. Salah satu cara untuk menaikkan semangat kita adalah dengan konsep reward selepas sesuatu pencapaian. Contohnya, keluar jalan-jalan dengan kawan selepas siapkan assignment.

Tak salah untuk bercita-cita tinggi tapi pastikan usaha kita pun tinggi. Ramai saja pelajar yang memperoleh keputusan SPM yang sederhana mampu mendapat anugerah dekan. 

Semoga anda semua berjaya mendapat anugerah dekan yang diimpikan. 

Comments

  1. Usaha gigih untuk sebuah kejayaan kan...

    ReplyDelete
  2. Saya Dulu active sgt , sebab lagi suka activity koku he he , satu sem je mampu dekan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut minat masing-masing kan. Ada orang bakat dan minat dia pada aktiviti koku.

      Delete
  3. Kalaulah mama.baca ni masa mama.kt u dulu...

    ReplyDelete
  4. Tips yang bagus semuanya JR..😎👍🏻

    ReplyDelete
  5. Tips untuk saya akan datang. Terima kasih sudi kongsi.

    ReplyDelete

Post a Comment