Perbezaan Antara Ebook dan Buku Fizikal

Pada masa kini, kita dapat lihat penjualan dan pembelian ebook (buku elektronik) semakin bertambah. Ramai yang mula membaca ebook terutamanya pada tahun 2020 ni. Namun, apakah perbezaan antara ebook dan buku fizikal? Jom kita lihat.

1. Harga
Salah satu faktor yang kita sering ambil kira untuk membeli buku adalah harga. Tidak dapat dinafikan bahawa harga ebook lebih murah berbanding buku fizikal. Hal ini kerana penerbit tidak perlu mengeluarkan kos untuk mencetak buku. Kebiasaannya, harga buku fizikal bergantung kepada jenis kertas, ketebalan kulit buku dan bilangan buku yang dicetak. 

2. Akses terhadap buku
Antara platform yang digunakan oleh penulis untuk menghantar ebook adalah emel dan Whatsapp. Oleh itu, pembaca dapat membaca ebook di mana-mana asalkan mereka membawa peranti elektronik. Ebook hanya perlu dimuat turun sekali sahaja. Buku fizikal pula perlu dibawa bersama setiap kali anda ingin membacanya.

3. Keselesaan untuk membaca
Cara membaca setiap orang adalah berbeza. Ada yang suka membaca beberapa bab sahaja sehari, ada pula yang suka untuk menghabiskan pembacaan pada hari yang sama. Bagi yang suka membaca secara berterusan untuk tempoh masa yang lama, anda mungkin tidak selesa untuk membaca ebook. Mata mungkin berasa pedih dan tidak selesa apabila membaca ebook terlalu lama. Bagi buku fizikal, perkara sebegitu kurang berlaku.

4. Keseronokan membaca
Salah satu kelemahan ebook adalah hilangnya nikmat menyelak helaian buku semasa membaca. Pembaca juga tidak dapat memegang buku yang dibeli dan yang pastinya tiada bau buku baru😂. Berbeza pula dengan buku fizikal. Keseronokan membaca lebih terasa.

5. Ruang penyimpanan
Untuk ebook, pembaca memerlukan ruang penyimpanan dalam peranti elektronik. Bagi yang mempunyai peranti dengan kapasiti memori yang besar, hal ini merupakan kelebihan untuk anda. Buku fizikal pula memerlukan ruang penyimpanan fizikal seperti rak buku.

Jadi, setelah anda tahu perbezaan antara ebook dan buku fizikal, anda bolehlah membuat pilihan jenis buku yang ingin dibeli. Tak kisahlah sama ada ebook atau buku fizikal. Apa yang penting adalah kita mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan harian.

*Komen pilihan anda di bawah. Ebook atau buku fizikal?

Comments

  1. Kalau akak. Akak lebih prefer buku fizikal. Dah tua² ni mata sakit lama² tengok screen. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kak. Sakit mata kalau tengok screen lama-lama.

      Delete
  2. ebook memang murah dan ada apps yg boleh baca secara percuma tapi saya prefer buku fizikal.
    susah nak fokus ebook ni, bila pegang phone ada je benda lain dia nak buka plus sakit mata bila tengok skrin lama sangat,,hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, memang dapat jimat kos bila baca ebook tapi sakit mata pula kalau baca lama-lama.

      Delete
  3. dh lama x baca buku., ebook pon wak x penah try lagi., ;p

    ReplyDelete
  4. Ebook lebih mudah nak simpan tapi bila baca lama-lama, mata jadi penat.. Kalau untuk storage, boleh simpan di Google Play Books..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Lebih mudah dari segi penyimpanan tapi letih mata kalau nak baca beberapa ebook dalam masa sehari.

      Delete

Post a Comment