Laksam, Makanan Tradisi Dari Pantai Timur

Hai semua. Hari ni saya akan memperkenalkan kepada anda salah satu makanan dari negeri Pantai Timur, iaitu laksam. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang laksam ni, anda perlu baca entri ini hingga habis.

Laksam merupakan sebuah hidangan yang diperbuat daripada tepung beras. Hidangan ini disertakan dengan kuah, sambal dan sayur. 

Dah lama tak makan laksam sebenarnya. Akhirnya, dapat juga makan laksam pada tahun 2021 ni. Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut, jom kita lihat rupanya.

Laksam

Seperti yang anda dapat lihat dalam gambar di atas, laksam digulung dan kuahnya berwarna putih kekelabuan. Kuah laksam adalah seperti laksa kuah lemak di Pantai Timur. Sayur yang disertakan ialah kacang panjang dan kubis. 

Kuah laksam diperbuat daripada ikan seperti kuah laksa. Selain itu, lada hitam juga ditambah ke dalam kuah. Salah satu ciri laksam yang sedap adalah kuah yang banyak penggunaan ikannya dan tak ada tulang ikan dalam kuah. Apabila terjumpa tulang dalam kuah, macam terganggu sikit nak makan😅.

Sebenarnya ada sambal juga tapi saya tak letakkan dalam mangkuk. Bagi yang tak makan pedas, bolehlah cuba laksam tanpa sambal.

Selama saya tinggal di Melaka, belum pernah jumpa lagi kedai yang menjual laksam dan tak pernah juga dengar orang dari negeri lain bercerita tentang laksam. Kalau laksa lebih mudah dicari kerana negeri-negeri lain ada laksa versi mereka sendiri.

Memang sangat rindu makanan Pantai Timur semasa di Melaka. Makanan dari Pantai Timur yang mudah dijumpai semasa di Melaka ialah nasi kerabu sahaja. Mungkin ada beberapa tempat yang jual tapi saya belum jumpa lagi tempat tu😂.

Sekian sahaja perkongsian makanan tradisi dari negeri Pantai Timur. Bolehlah anda cuba jika berkesempatan untuk ke negeri-negeri Pantai Timur suatu hari nanti. 

Nantikan perkongsian makanan tradisi lain dari Pantai Timur😊.

-Sambal Hitam Pahang

Comments

  1. Selalu nampak akak kelantan jual kat pasar tani tapi tak pernah beli
    Selalunya beli nasi kerabu aje.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya laksam.. Buh sambal sikit, pergh!!
    Kalau ada tulang ikan memang terganggu nak makan..

    ReplyDelete

Post a Comment