Segmen Brainstorming TWJ 2021

Segmen Brainstorming TWJ 2021

Hai semua. Memandangkan target untuk tahun ini adalah untuk menganjurkan sekurang-kurangnya dua segmen, jadi saya lancarkan Segmen Brainstorming TWJ 2021 pada awal tahun 2021 ni.

Rasanya sudah lama bloglist The Wonderful Jannah tidak dikemaskini. Kali terakhir adalah semasa Segmen 1st Blogversary TWJ. Kini, tibalah masanya untuk pencarian bloglist yang baru. 

Untuk tahu dengan lebih lanjut, jom baca syarat-syarat penyertaan.

Syarat-syarat Penyertaan
1. Follow blog The Wonderful Jannah (wajib). Kalau nak follow YouTube channel The Wonderful Jannah pun boleh (tak wajib).

2. Tulis satu entri bertajuk "Segmen Brainstorming TWJ 2021". 

3. Dalam entri tersebut, cadangkan tajuk entri yang menarik dan sesuai dengan niche blog The Wonderful Jannah (pastikan bukan isu sensitif/negatif). Contohnya, cadangan tajuk untuk Motivational Monday series atau cadangan untuk Experience series. Terpulang sama ada nak bagi cadangan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

4. Letakkan banner di atas dalam entri anda dan back linkkan ke entri ini.

5. Tinggalkan link entri yang anda tulis di ruangan komen.

Hadiah (mungkin berubah bergantung kepada bilangan penyertaan)
Entri menggunakan tajuk yang dicadangkan x 10 pemenang (akan diback link ke blog pemenang)
Bloglist TWJ (Februari-segmen pencarian bloglist seterusnya) x 10 pemenang

Segmen Brainstorming TWJ 2021 akan berlangsung bermula 23 Januari hingga 6 Februari 2021. Pemenang akan dipilih berdasarkan cadangan yang menarik. Pengumuman pemenang akan dibuat beberapa hari selepas segmen tamat. Keputusan adalah muktamad.

Semoga berjaya😊.

*PERHATIAN: Saya berhak menolak penyertaan yang tidak mematuhi syarat-syarat penyertaan. Blog yang mengandungi unsur sensitif/negatif tidak akan direview atau dimasukkan ke dalam bloglist. Blog cikguzim akan terus kekal dalam bloglist selagi beliau mengekalkan blog The Wonderful Jannah di bloglist beliau.

Comments

  1. Naim join

    https://pemudattbc.blogspot.com/2021/01/segmen-brainstorming-twj-2021.html

    ReplyDelete

Post a Comment