Tidak dapat dinafikan bahawa membaca merupakan satu aktiviti yang sangat bermanfaat. Hal ini kerana, membaca membantu kita untuk mendapat pengetahuan baru. Namun, tidak ramai yang mempunyai minat membaca terutamanya apabila sudah terbiasa meluangkan masa dengan peranti elektronik seperti telefon pintar.
Bagi memastikan minat membaca tidak mati ditelan zaman, kita semua harus memainkan peranan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan generasi muda, bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Oleh itu, entri ini akan memfokuskan tips untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.
1. Biasakan kanak-kanak dengan buku
Walaupun kanak-kanak yang belum bersekolah masih belum tahu membaca, jangan jadikannya sebagai alasan untuk tidak memdedahkan mereka kepada buku. Untuk permulaan, berikan bahan bacaan yang tidak terlalu tebal, berwarna-warni dan mengikut minat mereka. Contohnya, jika mereka sukakan haiwan, anda boleh berikan kepada mereka buku cerita tentang kisah haiwan.
2. Luangkan masa untuk membaca dengan anak
Kanak-kanak mudah belajar daripada apa yang dilihat dan apa yang didengar. Oleh itu, amat penting untuk orang yang lebih dewasa khususnya ibu bapa dan adik beradik untuk menujukkan minat membaca juga. Cuba luangkan masa sebelum tidur atau pada hujung minggu untuk membaca bersama-sama mereka. Anda juga boleh mengajar mereka belajar membaca perkataan yang mudah sahaja sebagai permulaan.
3. Belikan bahan bacaan yang menarik
Dalam apa-apa jua yang dilakukan, galakan dan sokongan daripada orang sekeliling amatlah penting. Jadi, tunjukkan sokongan anda untuk kanak-kanak belajar membaca dengan cara membelikan buku untuk mereka. Mungkin anda boleh menjadikan kunjungan ke kedai buku sebulan sekali sebagai rutin. Selain itu, berikan peluang untuk kanak-kanak memilih buku yang ingin dibeli.
4. Gunakan sarikata (subtitle) ketika menonton televisyen
Salah satu cara yang lebih santai untuk memupuk minat membaca adalah dengan menggunakan sarikata berbanding menukar bahasa ketika menonton televisyen. Pastikan cerita yang ditonton adalah dalam bahasa yang tidak difahami oleh kanak-kanak supaya mereka tiada pilihan lain selain daripada membaca sarikata untuk memahami dialog.
5. Cari peluang untuk membaca tidak kira dimana-mana
Jangan hadkan aktiviti membaca kepada membaca buku sahaja. Banyak yang boleh dibaca meskipun kita tidak berada di perpustakaan atau di kedai buku. Contohnya, mesej yang dihantar oleh ahli keluarga, menu di restoran, papan tanda di pasar raya dan kad ucapan.
Kadangkala minat itu menjadikan sesuatu aktiviti sebagai rutin tetapi tidak mustahil rutin itu menjadikan sesuatu aktiviti sebagai minat. Jadikan membaca sebagai rutin dan mungkin lama-kelamaan membaca menjadi minat.
Semoga tips yang dikongsikan bermanfaat untuk semua. Orang dewasa yang tidak minat membaca pun boleh cuba tips di atas untuk pupuk minat membaca😊.
Nice sharing :)
ReplyDeleteThank you, ABM.
Deletebetul...perbanyakan anak anak kecil menjadikan buku dan bahan bacaan sebagai sahabat.
ReplyDeletebukan gajet seperti hp...terbaik caranya
😊
DeleteBetul tu.. Ini antara apa yang aka buat untuk tanamkan minat membaca dekat anak-anak akak..
ReplyDelete👍🏻
Delete