Nasi goreng adalah salah satu hidangan lengkap yang dapat menjimatkan masa kerana kerana kita tidak perlu memasak pelbagai jenis lauk. Pemilihan bahan menentukan jenis nasi goreng yang akan terhasil. Jadi, jom kita lihat koleksi resepi nasi goreng yang mudah dan sedap.
Anda boleh pilih resepi yang sesuai dengan citarasa, kemahiran memasak dan bahan-bahan yang ada di rumah anda. Jangan lupa baca sehingga habis sebelum membuat pilihan😊.
1. Nasi Goreng Tom Yam
Resepi ini memang sesuai untuk yang sukakan tom yam. Selain dimasak berkuah, pes tom yam juga boleh digunakan untuk masak nasi goreng. Lagi sedap kalau hidangkan dengan telur mata kerbau.
Nasi Goreng Tom Yam |
2. Nasi Goreng Ringkas
Kalau anda tidak ada banyak bahan di rumah, jangan risau. Anda boleh cuba resepi nasi goreng ringkas tanpa protein (ayam/daging/telur). Kalau nak lebih sedap, boleh makan dengan telur mata kerbau, timun atau sambal hitam Pahang.
Nasi Goreng Ringkas |
3. Nasi Goreng Ikan Bilis
Bagi yang sukakan ikan bilis, jangan lepaskan peluang untuk cuba resepi nasi goreng ikan bilis. Ikan bilis yang telah ditumbuk digunakan untuk resepi ini. Boleh tambah ikan bilis goreng jika anda mahu.
Nasi Goreng Ikan Bilis |
4. Nasi Goreng Daging Burger
Nasi goreng daging burger mungkin menjadi pilihan kanak-kanak. Resepi ini menggunakan perencah nasi goreng yang ada di pasaran. Walaupun rasanya sedap, pastikan anda kawal pengambilan makanan diproses seperti daging burger.
Nasi Goreng Daging Burger |
5. Nasi Goreng Pea Sprout
Salah satu resepi unik yang anda harus cuba tapi pastikan anda ada pea sprout di rumah. Kombinasi pea sprout, ikan bilis dan lada kering memang sedap. Lagi sedap jika dimakan dengan keropok ikan.
Nasi Goreng Pea Sprout |
6. Nasi Goreng Lada Hitam
Untuk yang sukakan lada hitam dan sayur, resepi nasi goreng lada hitam memang sesuai untuk anda. Pelbagai jenis sayur digunakan untuk resepi ini, iaitu lobak, brokoli dan bunga kubis.
Nasi Goreng Lada Hitam |
7. Nasi Goreng Mudah
Kalau anda seorang yang mempunyai masa yang terhad untuk memasak, anda boleh cuba resepi nasi goreng mudah. Untuk jimatkan masa penyediaan, resepi ini menggunakan jagung sejuk beku.
Nasi Goreng Mudah |
Semoga perkongsian di atas bermanfaat untuk anda. Nantikan banyak lagi kompilasi resepi dari The Wonderful Jannah. Selamat memasak😊.
Nice sharing :)
ReplyDeleteNanti nak cuba la.
Dipersilakan untuk cuba, ABM😊.
Delete