Koleksi 7 Resepi Ayam Yang Mudah Dan Sedap

Tidak dapat dinafikan bahawa ada kalanya kita kehabisan idea untuk menu yang bakal dimasak. Mungkin entri ini dapat memberikan sedikit ilham kepada anda. Mari kita lihat koleksi resepi ayam yang mudah dan sedap.

Anda boleh pilih resepi yang sesuai dengan citarasa dan bahan-bahan yang ada di rumah. Jangan risau kalau anda masih baru belajar memasak kerana resepi di blog The Wonderful Jannah ini memang memfokuskan kepada mereka yang masih amatur😊.

1. Ayam Black Pepper
Resepi ini sesuai untuk yang suka lada hitam. Untuk memudahkan proses memasak, sos lada hitam yang ada di pasaran digunakan untuk memasak resepi ini.

Ayam Black Pepper


2. Ayam Mayonis Bersama Kentang

Bagi yang tidak makan pedas dan ada kentang di rumah, anda patut cuba resepi ayam mayonis ini. Siapa sangka mayonis yang selalu dimakan dengan roti boleh digunakan untuk memasak ayam juga. Resepi yang lain daripada yang lain.

Ayam Mayonis Bersama Kentang


3. Ayam Goreng Kunyit
Walaupun ayam goreng kunyit kedengaran macam resepi yang biasa-biasa sahaja, resepi ini antara yang mudah dan dapat menjimatkan masa. Hal ini kerana sudah ada protein dan sayur dalam satu hidangan. Selain itu, resepi ini sesuai untuk yang tidak makan pedas.

Ayam Goreng Kunyit


4. Ayam Bakar Kicap
Bagi yang inginkan menu yang lebih sihat dan kurang minyak, anda boleh mencuba resepi ayam bakar kicap. Bahan yang digunakan dan tempoh masa perapan menentukan kesedapan ayam bakar ini. 

Ayam Bakar Kicap

5. Ayam Kicap Berlada
Kalau anda suka makanan pedas dan kicap dalam masa yang sama, ayam kicap berlada sesuai untuk anda. Untuk resepi ini, lada kering kisar digunakan untuk memberikan sedikit rasa pedas.

Ayam Kicap Berlada

6. Ayam Masak Kurma
Untuk yang suka ayam berkuah, anda boleh cuba resepi ayam masak kurma. Namun, pastikan ada santan dan serbuk kurma ayam di rumah. 

Ayam Masak Kurma


7. Ayam Masak Kicap
Antara resepi yang tidak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak ialah ayam kicap. Bahan-bahannya tidak banyak dan sesuai untuk mereka yang mempunyai masa yang terhad untuk memasak.

Ayam Masak Kicap


Semoga perkongsian di atas bermanfaat untuk anda. Selamat memasak😊.



Comments

  1. Kepelbagaian menu dengan menggunakan ayam.. memang ohsemlah Jannah..
    Kat rumah ini paling suka ayam masak kicap dengan kari ayam.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam masak kicap memang sentiasa jadi kegemaran kan, Kak Sha😁

      Delete

Post a Comment