Resepi Ayam Masak Kurma

Hai semua. Selamat kembali ke blog The Wonderful Jannah.Untuk entri kali ini, saya akan kongsikan satu lagi resepi ayam, iaitu ayam masak kurma.

Bahan-bahan untuk resepi ini sangat mudah untuk diperoleh. Bagi serbuk kurma, saya gunakan jenama Adabi. Tapi anda boleh juga menggunakan serbuk kurma yang lain cuma saya tidak pasti apakah perbezaan rasanya. Mari kita lihat resepi untuk ayam masak kurma ini.

Bahan-bahan
Ayam
1 biji bawang merah-dihiris
1 ulas bawang putih-dihiris
1/2 inci halia-dihiris
1 biji kentang-dipotong
Serbuk kurma Adabi-dibancuh dengan air menjadi pes (kuantiti bergantung kepada kuantiti ayam)
1 biji bawang besar-dipotong empat
Santan-kuantiti ikut tahap kepekatan yang diinginkan
Air-secukupnya
Minyak masak-untuk menumis

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga garing.

2. Masukkan pes kurma. Tumis sehingga naik bau.

3. Masukkan ayam dan air. Kacau seketika dan biarkan sehingga mendidih.

4. Masukkan santan dan kentang (tambah air kalau kuah tidak mencukupi).

5. Setelah kentang empuk, masukkan bawang besar. Masak sehingga bawang besar agak layu.

6. Masukkan garam dan kacau.

7. Hidangkan ayam kurma yang sudah siap dimasak.

Ayam Masak Kurma

Ayam masak kurma ini akan mudah untuk dimasak. Namun, bahagian yang agak susah adalah untuk menetapkan kuantiti serbuk kurma dan santan. Saya pun agak-agak je. Tak ada kuantiti yang spesifik.

Sesiapa yang ada cadangan untuk resepi ayam, bolehlah kongsikan di ruangan komen. Sekian sahaja untuk hari ini.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Baca resepi yang lain:

Comments

  1. Sedapnya...lama dah x makan ayam kurma

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap,kak SA. Saya pun masak ayam kurma ni sebab dah lama tak makan.

      Delete
  2. Bab kuantiti serbuk kurma tu saya suka bubuh sikit jew sebab aromanya dan rasa rempahnya agak kuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap orang ada citarasa sendiri kan sebab tu susah nak tetapkan kuantiti untuk serbuk kurma tu.

      Delete
  3. Menu wajib seminggu sekali kat rumah Eina, sebab fav anak-anak, hehe

    ReplyDelete
  4. Menu favorite tapi husband tak suka. Jadi, tapau tunggu orang ramai saja laa.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh. Tak ada persainganlah kalau makan ayam ni😁.

      Delete
  5. Sama lah kita suka guna rempah kurma dari Adabi tapi tak guna santan sebab ganti dengan tomato. Taknak rasa berlemak sangat

    ReplyDelete

Post a Comment