Sedap Ke Makanan Korea Di Malaysia?

Makanan Korea Di Malaysia

Hai semua. Bagi anda yang belum pernah cuba makanan Korea dan tertanya-tanya sama ada sedap ke makanan Korea di Malaysia ni, entri ini memang khas untuk anda.

Saya bukan peminat KPOP tapi suka makanan Korea setelah diperkenalkan oleh rakan-rakan semasa di universiti. Ingin diingatkan bahawa apa yang saya kongsikan di sini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan cita rasa saya. 

Setakat ni, saya dah cuba beberapa makanan Korea, iaitu bibimbap, dakgalbi, sup kimci, jajangmyeon, bulgogi ayam serta steamboat dan grill. Antara restoran yang saya pernah kunjungi adalah Seoul Garden, Seoul Garden HotPot, Chego dan Ko Hyang.

Kalau tak silap, makanan Korea pertama yang saya cuba adalah bibimbap. Saya order sebab bibimbap adalah hidangan nasi, nampak sedap dan mengenyangkan. Kira bertuah sebab pengalaman pertama kali makan makanan Korea adalah di restoran yang bibimbapnya kena dengan selera saya.

Salah satu restoran yang saya tak pernah jemu dengan makanannya adalah Seoul Garden sebab makanan banyak pilihan dan sedap. 

Untuk orang yang tak pernah makan makanan Korea di Korea, saya boleh katakan terdapat makanan Korea yang sedap di Malaysia. Kena cuba makan di pelbagai restoran untuk tahu restoran mana yang sediakan makanan Korea yang sedap. Walaupun menu yang sama, tahap kesedapan berbeza di restoran yang berbeza.

Bagi yang dah pernah mencuba makanan Korea di negara Korea, mungkin pendapat mereka berbeza. Mesti tak akan sama kalau kita makan makanan di tempat asalnya dan di negara luar. Sama konsep kalau kita makan nasi lemak di Malaysia dan di luar negara. Mesti nasi lemak di Malaysia yang terbaik.

Sebelum kita membuat penilaian terhadap makanan Korea yang ada di Malaysia, pastikan kita cuba dulu makanannya. Jangan lupa kongsikan pendapat anda di ruangan komen tentang makanan Korea yang ada di Malaysia.


Comments

  1. Betul2.. Macam makanan lain, sedap ke tak tu bergantung pada kedai tu. Tak pernah dengar lagi Chego dan Ko Hyang tu. Biasa makan Myeondong Topokki, Dubuyo dan Seoul Garden Hotpot je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Myeondong topokki dan dubuyo tu selalu dengar namanya tapi belum berkesempatan untuk cuba lagi.

      Delete
  2. Saya suka makanan korea especially kimchi yang boleh dipelbagaikan dengan masakan melayu. Tak pernah lagi makan bibimbap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh, saya tak pernah lagi gunakan kimchi dalam masakan.

      Delete
  3. Paling suka kimchi.. Kimchi ini pun hanya ada satu je yang kena dengan tekak.. Selain dari tu tak berapa masyuk.. Ada beberapa jenama juga yang dicuba..
    Pernah makan sekali je rasanya di restoran yang menghidangkan makanan korea tapi cam tak berapa kena..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan semua kimchi kena dengan cita rasa kita kan. Kena cuba makanan Korea di pelbagai restoran untuk tahu yang mana sedap.

      Delete

Post a Comment