5 Kelebihan Tinggal Di Rumah Sewa Berbanding Di Hostel

Dalam entri sebelum ini, saya telah kongsikan kelebihan tinggal di hostel. Jadi, hari ini saya akan kongsikan pula kelebihan tinggal di rumah sewa berbanding di hostel bagi pelajar universiti.

1. Urusan pindah masuk/keluar lebih mudah
Pindah masuk/keluar adalah salah satu perkara yang meletihkan terutamanya kalau anda seorang yang memiliki barang yang banyak. Kebiasaannya, tidak menjadi masalah untuk anda meminta bantuan ahli keluarga atau rakan (yang sama jantina) untuk mengangkat barang ke dalam rumah sewa.

2. Boleh memasak
Memasak sebenarnya dapat menjimatkan kos membeli makanan dan memudahkan terutamanya jika banyak kedai yang tutup seperti waktu cuti umum. Sesetengah rumah sewa juga sudah dilengkapi dengan peralatan memasak.

3. Tidak terikat dengan jadual keluar/masuk
Di sesetengah universiti, terdapat curfew hours. Bagi yang tinggal di rumah sewa, anda boleh keluar/masuk ke rumah pada bila-bila masa sahaja. Kalau nak luangkan masa yang lebih lama di kampung halaman dan pulang sedikit lewat pun tak ape.

4. Ruang lebih luas
Apabila tinggal di rumah sewa, ruangnya lebih luas dan seolah-olah anda tinggal di rumah sendiri. Kalau anda tidak mahu mengganggu rakan sebilik yang sedang berehat, anda boleh membuat kerja di ruang tamu.

5. Lebih banyak pilihan
Ketika mencari rumah sewa, anda boleh pilih rumah dan bilik yang sesuai dengan cita rasa anda. Jika anda tidak mahu berkongsi bilik, anda boleh menyewa bilik untuk 1 orang (tapi harganya lebih mahal). Kalau nak menyewa satu rumah dengan rakan-rakan pun tidak ada masalah. Hal ini berbeza di hostel, kebiasaannya anda tidak boleh menyewa bilik untuk 1 orang dan rakan sebilik juga ditentukan oleh pihak universiti.

Sekian sahaja untuk entri ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Kalau ada apa-apa soalan yang berkaitan, jangan segan untuk tinggalkan komen.

*Entri ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis dan orang terdekat. Pengalaman di universiti yang berbeza mungkin berbeza dengan apa yang dikongsikan di sini. Jadi, pastikan anda dapatkan nasihat daripada senior dan keluarga juga.

Comments

  1. Teringat zaman cheq study kat univ dulu... tahun pertama yang wajib kena stay kat hostel tu tak best pun, pastu bila dah masuk second year, barulah cheq dapat menyewa di luar dengan kawan-kawan yang sekepala. Punyalah lega dan seronok rasa dapat stay di rumah sewa, ada more privacy dan tak ada insiden katil kena 'rampas' oleh penghuni hostel yang entah hapa2..😂🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat roomate/housemate yang baik, memang rasa seronok. Tak perlu nak pening kepala fikirkan masalah tambahan😂.

      Delete
  2. Seronok sebenarnya duduk rumah sewa berbanding hostel.. Namun semuanya ikut keselesaan diri kan Jannah.. Satu lagi roomate... Ini sangat penting untuk ketenangan diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, bergantung pada keselesaan masing-masing.

      Delete
  3. Mama setuju.. Kita lebih bebas duk rumah sewa. Lagipun Sudah masanya utk berdikari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satu sebab orang suka duduk rumah sewa adalah kebebasan kan, Mammpp.

      Delete
  4. aida x pernah dok rumah sewa time blaja.
    kebetulan penginapan di U cukup.
    but pernah dok fikir sorang diri - utk anak-anak nanti.
    hostel kah? rumah sewa kah?
    dok rumah sewa bebas dari hostel, but aida dok fikir kenderaan nak ke U.
    kena provide kan dia kenderaan, kan. mudah la skit.
    then, keselamatan. tu paling aida fikir, Jannah.
    kalau di hostel, ada pak guard nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jarak rumah sewa dan kampus jauh, memang lagi mudah dengan adanya kenderaan sendiri.

      Delete

Post a Comment