Mellow Crunch Giveaway by Atiqah Najihah

Mellow Crunch Giveaway by Atiqah Najihah

Hai, semua😊. Dua tiga hari ini, saya asyik ternampak entri giveaway yang disertai oleh rakan-rakan blogger. Saya rasa tertarik untuk sertai kerana hadiahnya, iaitu Mellow Crunch nampak macam sedap. Kepada yang ingin menyertai giveaway ini, boleh klik banner di atas.

Syarat wajib adalah anda perlu follow blog Atiqah Najihah dan buat satu entri. Memandangkan saya tak pernah review blog Atiqah Najihah, jadi saya akan buat review yang ringkas dalam entri ini.

Penulis blog:
Blog Atiqah Najihah dimiliki oleh seorang gadis dari Terengganu dan bernama Atiqah Najihah. Beliau telah berblogging sejak 2011 dan blog Atiqah Najihah merupakan blog yang baru. Sejujurnya, tidak banyak yang saya tahu tentang beliau kerana saya baru sahaja mengikuti blog beliau.

Review blog:
Entri di blog Atiqah Najihah tidak fokus kepada satu niche sahaja. Anda boleh jumpa entri tentang drama Korea, isu semasa, blogging dan sebagainya. Walaupun blog tersebut baru lagi, tapi ramai rakan blogger yang saya kenali mengikuti blog tersebut. Dari segi penulisan juga, kita tahu yang pemiliknya bukanlah baru dalam dunia blogging.

Terima kasih kepada blogger Atiqah Najihah atas penganjuran giveaway ini. Dapat saya tambah seorang lagi kenalan dari dunia blogging. Saya juga ingin mengucapkan semoga berjaya kepada semua peserta.

*Tarikh tutup untuk Mellow Crunch Giveaway by Atiqah Najihah ini ialah pada 20 Jun 2021 dan pemenang akan dipilih secara rawak. Sesiapa yang berminat bolehlah sertai sebelum tarikh tutup.

Comments

Post a Comment