Hai semua. Entri ini ditulis khas untuk peminat daging kambing. Saya akan kongsikan tentang kambing perap Pak Mat Western.
Kalau tak silap saya, kambing perap Pak Mat Western ni pernah tular di media sosial sebelum ni. Tapi saya tak terfikir untuk beli pun sebab saya tak makan kambing. Tiba-tiba adik saya nak cuba kambing perap ni dan dia pun beli.
Harganya adalah RM 35 untuk satu paket 500g. Kuantiti dalam satu paket tidak tetap kerana bergantung kepada saiz potongan kambing tu. Kami dapat 4 keping kambing dan saiznya agak besar.
Dari segi cara untuk memasak, boleh masak menggunakan kuali atau ketuhar (oven). Ketika percubaan pertama, saya masak menggunakan kuali dan hasilnya adalah seperti di bawah.
Kambing Perap Pak Mat Western |
Selain daripada daging kambing yang diperap, terdapat juga sos. Sos tersebut hanya perlu dipanaskan di dalam kuali sebelum dimakan bersama kambing.
Sos Kambing Perap Pak Mat Western |
Menurut adik saya, daging kambing tersebut lembut dan sedap rasanya. Berbaloi dengan harga yang dibayar.
Sebenarnya, sebelum memasak daging kambing ni, saya dah cuba cari review dan cara memasak secara atas talian. Kebanyakan review adalah dari YouTube. Susah nak jumpa review di blog. Jadi, saya kongsikan di sini untuk rujukan orang lain yang nak cuba kambing perap ni buat pertama kali.
Sekian sahaja untuk entri kali ini. Jumpa lagi.
Nampak sedapnyer
ReplyDeleteBetul tu, WP. Nampak sedap.
DeleteYa Viral, ia dari Penang kalau tak silap Naim. sebelum Covid-19, restoran mereka full orang.
ReplyDeleteRasanya saya pernah tonton video Youtuber review restoran tu sebelum ni.
DeleteNampak menyelerakan. RM35 untuk 500g kira oklah harganya.
ReplyDeleteBerpatutan lah harga dengan rasanya.
Deleteye. harga tu berpatutan :)
Deletemampu beli la kan.
Dulu sis pun tak makan daging kambing. Sekarang dah boleh makan dah..kalau yang gulai tu kurang sikit, tapi kalau dibakar sedap.
ReplyDeleteSaya sampai sekarang tak makan kambing sebab tak biasa makan dari kecil.
DeleteAlaaa..terus akak rasa nak cari kambing perap plak...sedapnya..kalau buat perap sendiri pun best jugak kan?
ReplyDeleteKalau nak perap sendiri pun boleh,tapi kalau susah nak jumpa daging kambing kat pasaraya, beli yang dah siap perap macam ni jelah kan.
DeleteMakin banyak produk kambing perap ini.. Sini pun ada ejen Pak Mat Western ini.. Cuma tak cuba je lagi..
ReplyDeleteHaah, sekarang ni macam-macam jenama kambing perap ada di pasaran.
Deletekebetulan, Jannah, ada kambing perap dlm freezer aida.
ReplyDeletebeli kambing. and sos perap nye memang aida buat sendiri.
sgt suka panggang kambing gini. feveret.
buat skit coleslaw. best :)
Memang sedap kalau ada coleslaw.
Delete