Gagal Permohonan UPU, Apa Yang Boleh Anda Buat?

Keputusan bagi permohonan UPU lepasan SPM baru saja dikeluarkan. Tahniah bagi yang berjaya menerima tawaran. Bagi yang gagal dalam permohonan UPU kali ini, jangan risau. The Wonderful Jannah akan kongsikan dengan anda apa yang anda boleh lakukan.

Selain daripada tawaran UPU, terdapat alternatif lain yang membolehkan anda melanjutkan pengajian ke universiti kelak. Jom kita lihat. 

1. Tingkatan 6
Untuk tawaran kemasukan ke tingkatan 6, pelajar tidak perlu membuat permohonan. Pelajar yang layak akan terus diberikan tawaran. Anda boleh menggunakan sijil STPM  untuk membuat permohonan UPU (bagi kemasukan ke peringkat ijazah sarjana muda) nanti. Jangan risau kerana anda tetap boleh melanjutkan pengajian ke universiti walaupun lambat sedikit berbanding mereka yang mengambil asasi.

2. Matrikulasi
Matrikulasi merupakan program persediaan selama satu tahun seperti asasi. Apa yang membezakan matrikulasi dan asasi ialah tempat anda belajar. Asasi merupakan program persediaan di universiti manakala matrikulasi pula program persediaan di kolej matrikulasi. Namun, matlamatnya tetap sama, iaitu membolehkan anda untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda. 

3. IPTS
Bagi yang tetap mahu melanjutkan pengajian di peringkat diploma/asasi di universiti, anda boleh membuat permohonan untuk kemasukan ke IPTS. Permohonan adalah secara terus melalui laman sesawang rasmi IPTS tersebut. Sesiapa yang berkemampuan daripada segi kewangan dan tidak mahu menunggu lama untuk belajar di universiti, alternatif ini sesuai untuk anda. 

Gagal mendapat tawaran melalui UPU tidak bermakna impian anda untuk melanjutkan pengajian di universiti musnah. Ramai sahaja yang berjaya menggenggam segulung ijazah walaupun agak lambat berbanding rakan-rakan mereka yang lain.

Tiada had umur untuk anda menuntut ilmu. Apa yang penting adalah anda mempunyai minat dan keazaman. Semoga alternatif yang disenaraikan di atas dapat membantu anda.

Comments

  1. Ya betul tu JR, yang penting minat dan kegigihan untuk sambung belajar tu ada dan masih kuat 😎

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, CS. Tak kisah lah impian nak dapatkan degree tu tercapai lambat atau cepat kan.

      Delete
  2. Betul tu jannah, gagal upu bukanlah gagal semua benda. Banyak lagi cabang lain yang boleh diambil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Atiqah. Banyak alternatif lain yang boleh kita cuba kan.

      Delete

Post a Comment