5 Tips Untuk Membeli Ebook

Hai semua. Memandangkan dunia kini semakin dikuasai oleh teknologi dan lebih banyak penulis yang mengeluarkan ebook, mungkin anda berhasrat untuk membelinya tetapi tidak yakin untuk melakukannya. Hal ini kerana, ramai yang sudah terbiasa dan selesa dengan buku bercetak.

Saya juga begitu pada awalnya. Namun, kini saya sudah semakin selesa membaca ebook terutamanya apabila keadaan semasa membuatkan proses pengeposan buku bercetak agak terjejas. Jadi, saya kongsikan tips bagi yang baru sahaja ingin cuba membeli ebook.

*Perkongsian saya lebih kepada ebook seperti novel, bukan karya-karya ilmiah.

1. Beli daripada sumber yang boleh dipercayai
Untuk mengelakkan masalah penipuan atas talian, pastikan anda beli daripada sumber yang boleh dipercayai. Selalunya saya akan beli ebook secara terus daripada penulis atau penerbit. Anda boleh ikuti media sosial mereka untuk mengetahui tentang ebook yang ada.

2. Semak status ebook 
Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli, semak status ebook terlebih dahulu sama ada ready file atau pre-order. Ebook ready file kebiasaannya akan dihantar kepada pembeli dalam tempoh 24-48 jam selepas pembayaran dibuat. Ebook pre-order pula selalunya dihantar kepada pembeli selepas tamat tempoh pre-order

3. Beli ebook pre-order atau kombo
Salah satu perkara yang saya suka tentang ebook pre-order ialah penulis biasanya akan menjual ebook tersebut dengan harga yang lebih murah. Ada juga yang membuat jualan kombo (selalunya ada diskaun kalau beli lebih daripada satu ebook). Cuma kelemahan pre-order ini ialah kita kena tunggu agak lama untuk dapatkan ebook tu.

4. Pastikan pilihan dan maklumat penghantaran tepat
Medium yang sering digunakan oleh penjual untuk membuat penghantaran ebook ialah emel dan Whatsapp. Jadi, pastikan anda berikan alamat emel atau nombor telefon yang betul untuk memastikan proses penghantaran ebook berjalan lancar.

5. Ambil tahu tentang tarikh penghantaran ebook
Kebanyakkan penjual akan menyatakan tarikh mereka akan membuat penghantaran ebook. Ada juga yang kemas kini status penghantaran ebook di media sosial mereka. Jika anda masih belum menerima ebook walaupun penjual mengatakan bahawa ebook telah dihantar kepada semua pembeli, terus hubungi mereka. Mungkin nama anda tercicir ataupun maklumat penghantaran yang anda berikan salah. Anda harus ingat bahawa kadangkala anda membuat tempahan dengan penulis tetapi yang menghantar ebook adalah wakil daripada penerbit.

Semoga perkongsian di atas bermanfaat untuk anda. 

Comments

  1. Betul tu. Kena hati2 jugak beli ebook ni takut scammer. Alhamdulillah akak pernah beli ebook bernilai RM150. Tak sampai sejam owner dah hantar ebook kat email.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak boleh terburu-buru kalau nak beli ebook ni sebab kita tak boleh periksa keadaan buku terlebih dahulu.

      Delete
  2. Nice sharing rabia. Takut jugak nak beli ebook sebelum ni sebab takut kena scam lah, tu lagi suka beli hardcopy, senang hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, saya pun suka hardcopy berbanding softcopy. Btw saya bukan rabia😂.

      Delete
    2. Ehh silappp jannah! Semalam baru lepas blogwalking blog rabia, terbawa bawa nama rabia. Saya mintak maaf ye, rasa bersalah salah sebut nama ni >.<

      Delete
  3. Tips yang ohsem.. Memang kena hati-hati bila membeli bukan sahaja ebook tapi buku fizikal juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena berhati-hati membuat pilihan semasa membeli.

      Delete
  4. Mama xpenah belinlg ebook. Tq for tips jannah

    ReplyDelete

Post a Comment