EXPERIENCE: Hampir Gagal Add Math SPM Tapi Jadi Tutor Add Math Di Universiti?

Pernah tak anda gagal atau hampir gagal add math sampai rasa macam tak ada harapan dah? Rasanya ramai pelajar aliran sains di sekolah yang struggle untuk subjek add math ni. Kadang-kadang subjek lain semua dah bagus tapi add math pula 'rosakkan' keputusan peperiksaan.

Saya pernah berada dalam satu situasi di mana saya hampir gagal dalam add math masa sekolah dahulu. Walaupun saya minat matematik dan tiada masalah untuk matematik moden, tapi saya merasakan add math sangat mencabar. Pelajar aliran sains mesti tahu yang add math ni 'killer subject'.

Tapi nasib baik keputusan okay semasa SPM setelah berbulan-bulan buat latihan. Yang nak tahu tips belajar add math, boleh baca entri sebelum ni.

Jujur saya katakan semasa di sekolah, saya merasakan add math ialah satu subjek yang sangat susah. Namun, berbeza ketika di universiti. Pengalaman dan pengetahuan semasa sekolah membuatkan saya rasa add math lebih mudah dan mengambil keputusan untuk menjadi tutor bagi subjek Algebra dan Kalkulus.

Apa yang saya cuba sampaikan dalam entri ini ialah pernah gagal dalam sesuatu perkara tidak bermakna kita akan gagal selamanya. Jangan berputus asa jika anda masih belum berjaya mendapat keputusan yang baik untuk add math. Teruskan berusaha sehingga berjaya. 

Ada masanya kita diuji dengan kegagalan berkali-kali untuk melatih kita menjadi lebih tabah dan tidak mudah berputus asa. Mungkin usaha kita belum cukup atau mungkin belum masanya lagi untuk kita mendapat kejayaan itu.

Sebenarnya, tidak mustahil kita boleh berada dalam bidang yang kita pernah gagal sebelum ini. Kita boleh terus mencuba sehingga berjaya.

Comments

  1. tak pernah peluang mengenali add math. Haha Math biasa je boleh laaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Math biasa pun mencabar juga kalau tak faham konsep dan tak tahu formula untuk digunakan. Kedua-dua subjek ni memang memerlukan banyak latihan.

      Delete
  2. Betoi JR, mat.tam atau Mek Tam (add math) tu memang mencabar jiwa dan raga cheq dulu. Alhamdulillah result SPM cheq tidak dirosakkannya, masih mampu untuk dapat kredit bagi Mek Tam 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, CS. Keputusan masa SPM lebih baik daripada peperiksaan sebelumnya.

      Delete
  3. Peritnya bila ingat belajar add math dulu. Hahaha. Susah betul nak faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kak. Antara subjek yang mencabar masa SPM.

      Delete
  4. Paling struggle la subjek add math (mattam), xsuka lngsung, nsib baiklah exam spm ckup2 mkn, (matmod) matematik moden pulk fav subjek!

    ReplyDelete
  5. ha'ah masa dekat sekolah macam terseksa sungguh nak belajar add math tu tapi bila dah masuk uni lahhh senang je rupanya

    ReplyDelete
  6. sy tak pandai maths selalu gagal skrg sy form 3 . Form 4 nanti sy nak ambik kelas aliran fizik bio kimia add math sbb sy minat sains tapi sy rasa takut nak ambik kelas tu sbb sy selalu gagal maths . Akak rasa patut tak saya ambik aliran tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tak pasti macam mana sistem pemilihan elektif sekarang. Kalau zaman akak dulu, pelajar perlu capai gred tertentu untuk math dan sains semasa form 3 baru boleh ambil fizik, kimia, bio dan add math.

      Adik kena bincang dengan cikgu di sekolah dan tanya pendapat mereka. Kalau nekad nak ambil add math, adik kena usaha lebih sikit untuk perbaiki kemahiran matematik adik.

      Semoga dipermudahkan urusan untuk memilih subjek tingkatan 4.

      Delete
  7. *Pembetulan: Kalau capai gred tertentu untuk math & sains, baru digalakkan untuk ambil fizik, kimia, bio & add math.

    Tapi terpulang pada pelajar itu sendiri. Kalau boleh sesuaikan diri dengan subjek sains tulen, tak ada masalah pun.

    ReplyDelete

Post a Comment