EXPERIENCE: Pertama Kali Masak Laksa Sarawak

Hai semua. Rasanya dah lama saya tak tulis tentang makanan yang pertama kali saya masak. Jadi, hari ini saya akan kongsikan pengalaman pertama kali masak laksa Sarawak.

Seperti biasa, saya dan adik saya mencuba resepi baru disebabkan ada pes laksa Sarawak di rumah. Sebenarnya, adik saya yang seorang lagi beli dan setelah beberapa bulan barulah kami gunakan pes tu.

Kami berdua tak tahu pun resepi laksa Sarawak dan hanya bergantung kepada resepi di atas plastik pembungkusan pes tu. Persiapan yang perlu dilakukan tak banyak sangat untuk kuah kerana kami gunakan pes segera.

Namun, kena pandai tentukan nisbah air dan pes untuk dapatkan keseimbangan bagi kuah laksa tu. Selain daripada kuah, laksa Sarawak juga dihidangkan dengan ayam, udang, tauge dan telur. Kami sediakan telur dadar tapi ada juga orang yang sediakan telur rebus.

Jom kita lihat bagaimana hasilnya.

Laksa Sarawak

Untuk udang dan ayam tu, kami hanya rebus sahaja. Berbeza dengan laksa yang selalu kita makan, laksa Sarawak ni menggunakan bihun.

Bagi saya, rasa kuahnya pedas mungkin sebab saya kurang makan pedas sekarang ni. Adik saya pula kata pes kurang. Patutnya kena masukkan banyak lagi pes supaya kuahnya lebih pekat.

Nampaknya kena cuba lagi untuk dapatkan kuah yang sedap dan seimbang.

Kalau anda ada tips untuk hasilkan kuah laksa Sarawak yang sedap, jangan lupa kongsikan di ruangan komen.

Sekian saja untuk hari ini. Jumpa lagi dalam entri akan datang.

Comments

  1. wah teringat masa kat sarawak dulu..ada menikmati juadah ini..sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya belum pernah lagi makan laksa Sarawak di Sarawak. Tak sempat cari laksa masa ke Sarawak dulu.

      Delete
  2. Salam, pernah makan sekali laksa sarawak di riverfront. Dah lama, seingat tu memang ada udang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh, bestnya dapat makan makanan tempatan yang terkenal.

      Delete
  3. Lama juga dah tak buat laksa sarawak ni. first and last dulu masa baru kawen, hidang pada kawan2 suami. semua cakap sedap. Haha padahal letak pes, air dan santan je. Kih kih. Pahtu rebus ayam dan udang. Nak lagi sedap gunakan air rebusan tu untuk campur dalam kuah pes tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, pertama kali masak dah berjaya. Kena pandai seimbangkan kuah tu, kan.

      Delete
  4. Akak suka laksa saraawak....selain tu suka jugak mee kolok Sarawak...pernah terbang ke SAarawak semata- mata nak makan 2 dish ni...hahahah....buat kerja kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah cuba lagi mee kolok, Kak SA. Tak tahu bila lagi berpeluang ke Sarawak.

      Delete
  5. Pernahhh makan sekalii je masa pergi Sarawak tahun 2010 harituuuuu, dahhh tak makan makan dah lepas tu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahulah bila lagi boleh ke Sarawak dan cuba makanan di sana, kan.

      Delete
  6. serius tak pernah makan lagi laksa Sarawak. Laksa Johor pernah rasa selain laksa Penang

    ReplyDelete
  7. Sedapnya laksa Sarawak dulu ada kawan mama selalu masak Dan bagi mama.makan. rasa tempah ratus dia mmg sedap

    ReplyDelete

Post a Comment