Hai semua. Rasa macam dah lama pula saya tak kongsikan tips untuk pengajian di universiti. Sekarang ni asyik tulis entri resepi je๐. Jadi, hari ini saya akan kongsikan tips untuk menghadapi peperiksaan di universiti.
Tips yang akan saya kongsikan memang telah saya lakukan semasa di universiti. Untuk memudahkan pelajar baru atau pelajar yang ingin memperbaiki CGPA mereka, saya senaraikan perkara yang anda boleh cuba lakukan.
*Tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang pelajar. Setiap orang pasti mempunyai tips tersendiri. Namun, anda boleh cuba tips saya yang anda rasakan sesuai dengan anda.
1. Kenal pasti dan dapatkan gambaran tentang subjek yang bakal diambilSebelum semester baru bermula, saya akan lihat senarai subjek yang akan diambil termasuk jam kredit bagi setiap subjek. Kalau pensyarah sudah muat naik teaching plan dan teaching slides ketika cuti semester, saya akan muat turun, cetak dan lihat topik yang bakal dipelajari. Kadangkala, saya bertanya kepada senior dan minta tips daripada mereka.
2. Tetapkan target untuk dicapai ketika peperiksaan
Kebiasaannya, saya akan tetapkan gred yang saya ingin dapat untuk setiap subjek dan CGPA. Saya akan kaji keputusan peperiksaan semester-semester lepas dan lihat apa yang boleh diperbaiki. Selain itu, saya akan kelaskan subjek mengikut kemampuan saya supaya saya tahu subjek mana yang saya perlu berikan lebih tumpuan. Contohnya, saya lebih mahir dalam subjek biologi berbanding IT. Oleh itu, saya akan buat lebih banyak latihan untuk subjek IT berbanding subjek biologi.
3. Muat turun soalan peperiksaan tahun-tahun lepas (PYQs)
4. Ulangkaji menggunakan PYQs
Untuk mengelakkan masalah tidak cukup masa, saya suka ulangkaji menggunakan PYQs daripada awal semester. Setiap kali ada kuiz atau ujian, saya ulangkaji menggunakan PYQs. Jadi, semasa study week saya hanya jawab soalan yang saya belum lengkapkan lagi dan baca semula soalan yang pernah saya jawab. Selain itu, lebih mudah untuk semak jawapan kalau siap awal.
5. Buat pengiraan untuk capai target
Selepas coursework mark atau carry mark diumumkan, saya akan kira berapa markah yang saya perlu dapat untuk peperiksaan akhir bagi setiap subjek. Untuk membuat pengiraan, anda perlu tahu markah penuh yang anda target, coursework mark dan peratusan untuk peperiksaan akhir. Contohnya:

Selalunya saya akan muat turun soalan PYQs sebelum pulang untuk cuti semester atau ketika cuti semester. Saya ambil langkah awal sebab sering dengar pelajar hadapi masalah untuk muat turun soalan semasa study week. Kadang-kadang sistem diselenggara ataupun mungkin terlalu ramai yang cuba akses kepada portal tersebut. Tambahan pula, saya boleh mengkaji format soalan peperiksaan ketika cuti semester (tapi ada masanya pensyarah tukar format soalan untuk semester berikutnya).
4. Ulangkaji menggunakan PYQs
Untuk mengelakkan masalah tidak cukup masa, saya suka ulangkaji menggunakan PYQs daripada awal semester. Setiap kali ada kuiz atau ujian, saya ulangkaji menggunakan PYQs. Jadi, semasa study week saya hanya jawab soalan yang saya belum lengkapkan lagi dan baca semula soalan yang pernah saya jawab. Selain itu, lebih mudah untuk semak jawapan kalau siap awal.
5. Buat pengiraan untuk capai target
Selepas coursework mark atau carry mark diumumkan, saya akan kira berapa markah yang saya perlu dapat untuk peperiksaan akhir bagi setiap subjek. Untuk membuat pengiraan, anda perlu tahu markah penuh yang anda target, coursework mark dan peratusan untuk peperiksaan akhir. Contohnya:
Target: 80 (Gred A)
Coursework mark: 46/50
Peratusan: 50% (peperiksaan akhir), 50% (coursework mark)
Markah yang mesti diperoleh: 34/50
Daripada pengiraan di atas, saya perlu dapat sekurang-kurangnya 34/50 dalam peperiksaan akhir supaya boleh dapat 80 markah secara keseluruhan untuk subjek tersebut.
6. Ulangkaji mengikut keselesaan diri
Anda perlu kenal pasti cara ulangkaji yang sesuai dengan anda. Adakah ulangkaji berkumpulan/individu ataupun ulangkaji di luar/di dalam bilik? Di samping itu, kenal pasti waktu anda boleh ulangkaji secara maksimum. Sebagai contonya, mungkin anda dapat ulangkaji subjek biologi lebih baik pada waktu malam berbanding waktu petang.
7. Semak jawapan bagi latihan
Untuk memastikan jawapan bagi latihan yang anda lakukan sememangnya betul, luangkan masa untuk menyemak jawapan bersama pensyarah atau rakan-rakan. Kalau tidak berkesempatan untuk berjumpa secara bersemuka, boleh saja bertanya melalui emel atau Whatsapp.
8. Semak jadual peperiksaan
Saya selalunya akan berikan keutamaan untuk mengulangkaji peperiksaan yang bakal diduduki terlebih dahulu. Subjek yang ada banyak gap akan saya ketepikan dahulu. Tapi kalau dapat jadual peperiksaan yang semua subjek tak banyak gap, kena pandai-pandailah uruskan masa.

9. Dapatkan tidur yang cukup
Semasa study week dan minggu peperiksaan, saya akan elakkan stay up terlalu lewat. Paling lewat pun sehingga pukul 12am dan bangun awal keessokkan harinya untuk sambung ulangkaji. Saya cuma akan stay up sehingga 5-6 pagi semasa assignment week je. Hal ini untuk memastikan kita dalam keadaan segar dan bertenaga untuk menjawab peperiksaan dan tidak terlewat untuk ke dewan peperiksaan.

10. Berkongsi ilmu yang ada
Tak kira sebagus mana pun pencapaian kita, jangan sesekali kedekut ilmu. Bantu rakan-rakan untuk faham tentang sesuatu topik. Sebenarnya, kita akan jadi lebih faham apabila kita mengajar orang lain. Kalau kita tolong dan permudahkan urusan orang lain, nanti orang lain pun tolong doakan kejayaan untuk kita.

Bagi saya, persediaan harus dibuat dari awal semester atau sebelum semester baru bermula lagi. Kalau kita baru ingin mula pada saat-saat akhir, agak kelam-kabut nanti. Apa-apa pun semuanya terpulang kepada diri sendiri. Jika banyak kejayaan yang ingin dicapai, banyaklah juga usaha yang harus dilakukan.
Semoga berjaya.
Nice tips jannah. Yang no 3 tu memang kena buat, tengok soalan past sem, in shaa Allah boleh nampak macam mana jenis soalan yang akan keluar. Kalau tak faham, boleh direct terus tanya lecturers kann.
ReplyDeleteBetul tu, Atiqah. Terus tanya lecturer kalau ada apa-apa yang tidak difahami.
Deletebagus tips camni.. sharing is caring ๐ ๐ ๐
ReplyDeleteBetul tu, Wak.
Delete