Efektif Ke Ulangkaji Pada Pukul 3-4 Pagi?

Pernakah anda dengar seseorang memberitahu anda bahawa ulangkaji pada awal pagi sekitar pukul 3-4 pagi adalah berkesan? Atau pernahkah anda membaca kajian yang dijalankan tentang keberkesanan ulangkaji sedemikian?

Sejujurnya, saya pernah juga diberitahu oleh seseorang dan mencuba sendiri waktu ulangkaji yang dikatakan bagus ini. Tapi tak ingat semasa PMR atau SPM. 

Saya sebenarnya sudah selesa dengan waktu pembelajaran saya. Saya saja cuba melakukan eksperimen untuk lihat sama ada ulangkaji pada pukul 3-4 pagi berkesan atau tidak pada saya.

Jawapannya adalah TIDAK. Masa saya ulangkaji tu memang tak dapat fokus sebab mata masih mengantuk😂. Akhirnya, tidur semula supaya tidak mengantuk masa kelas nanti.

Mungkin ada beberapa sebab ulangkaji pada pukul 3-4 pagi ni tidak berkesan pada saya. Mari kita bincangkan.

Sebab yang pertama ialah bangun seawal pukul 3-4 pagi membuatkan saya tidak cukup tidur. Paling awal saya masuk tidur adalah pukul 10 malam. Jadi, saya tidak dapat 8 jam tidur sehari yang akan membuatkan saya mengantuk semasa di sekolah nanti.

Prinsip saya ialah utamakan yang wajib terlebih dahulu, iaitu pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, saya harus pastikan saya dapat fokus sepenuhnya semasa guru mengajar. Bagi saya, ulangkaji sendiri dan belajar dengan guru tidak sama keberkesanannya.

Selain itu, jadual saya sangat padat. Orang lain pulang dari sekolah pada pukul 2.30 petang. Saya pula akan pulang pada pukul 4.30 atau 5 petang kerana ada kelas tambahan yang diadakan oleh pihak sekolah atau latihan debate.

Waktu yang saya ada untuk menyiapkan kerja sekolah adalah pada waktu malam. Kadangkala, rakan-rakan saya akan datang ke rumah pada waktu malam untuk teruskan latihan debate (inisiatif kami sendiri apabila pertandingan semakin dekat) atau mengulangkaji add math. Jadi, pukul 10 malam hingga 6 pagi saja masa untuk saya mendapatkan rehat yang cukup.

Di samping itu, saya ni seorang yang tak boleh tidur selagi kerja tak siap atau habis ulangkaji. Sebab tu saya lebih suka stay up kalau kerja tu urgent. Memang tak lena tidur kalau kerja belum siap😂. 

Walaupun ulangkaji pada pukul 3-4 pagi ni tidak berkesan pada saya, mungkin berkesan pada anda. Saya lebih fokus kalau ulangkaji pada waktu pagi selepas sarapan sampai pukul 12 malam saja. 

Apa yang penting ialah anda tahu waktu paling efektif untuk anda ulangkaji sama ada di sekolah ataupun universiti. Jangan terikut-ikut dengan waktu pembelajaran orang lain kerana setiap orang itu berbeza. Apa yang baik untuk orang lain tidak semestinya baik untuk anda.


Comments

  1. Kalau akak jam tu memang tidur. Study pun rasanya banyak makan... Haha. Mengantuk kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kak. Ikut orang juga. Ada orang memang dapat fokus pagi-pagi macam tu.

      Delete
  2. Study jam gitu, elok juga kan sisipkan solat tahajud..terbaik

    ReplyDelete
  3. Yea pulak masa zaman belajar dulu jenis suka stay up. Memang stay up kdg2 smpai 3-4 pg tuu xtidur lg. Hihi.

    Nak2 lg kalau esoknya exam, 1 hari sebelum baru study semua! 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau stay up cuma untuk siapkan assignment je. Tak dapat fokus kalau study pukul 3-4 pagi.

      Delete
  4. Sesetengah org suka belajar pagi sebelum subuh.. Kalau sy pula lebih suka belajar selepas subuh terutama sekali apabila melibatkan hafalan.. mmg sgat berkesan.. Kalau buat esaimen pula sy kurang suka terlalu stay up sbb jadi letih.. walaupun slalu juga stay up haha~

    Apapun yg penting jaga kesihatan.. Tidur yang cukup sgat penting.. Dan jgan buat kerja last minit haha..

    ReplyDelete

Post a Comment