Giveaway By Shida Radzuan

Giveaway By Shida Radzuan

Hai, semua. Sekarang ni memang ramai blogger yang anjurkan giveaway, kan. Saya pun tidak mahu melepaskan peluang untuk memeriahkan Giveaway By Shida Radzuan.

Syarat penyertaannya mudah sahaja. Anda hanya perlu tulis satu entri dan nyatakan apa yang anda suka tentang blog Kak Shida. Jangan lupa follow blog dan media sosial Kak Shida juga.

Kalau anda berminat untuk sertai giveaway ini, boleh klik banner di atas.

Apa yang saya suka tentang blog Kak Shida?
Walaupun saya merupakan follower baru di blog Shida Radzuan, ada dua jenis entri yang menarik minat saya. Semestinya entri resepi dan entri tutorial blog.

Memandangkan niche blog kami lebih kurang sama saja, seronok membaca blog Kak Shida. Banyak tutorial blog yang sesuai untuk blogger baru seperti saya.
 
Saya tak dapat cerita banyak sangat sebab banyak lagi entri yang belum saya baca di blog Kak Shida. Lepas ni memang akan selalu blogwalking  ke sana nampaknya.

Seperti biasa, saya dapat menanbah seorang lagi kenalan blogger melalui giveaway. Jangan lupa berikan sokongan kepada giveaway yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger kita yang lain juga.

*Tarikh tutup untuk Giveaway By Shida Radzuan ini ialah pada 2 October 2021. Semoga berjaya kepada semua.

Comments

Post a Comment