Rezeki Pada Bulan Ogos

Hai semua. Ogos telah berlalu dan kini kita bertemu dengan September. Pada pagi ini, ada satu berita gembira yang saya dapat ketika blogwalking.

Sejujurnya, saya tidak menjangkakan apa-apa yang istimewa untuk bulan September. Tiba-tiba, ternampak nama saya terpilih sebagai top commentators untuk bulan Ogos 2021 di blog Suria Amanda.

Dah lama rasanya tak memang hadiah top commentators dari rakan blogger. Memang rezeki pada bulan Ogos lah. 

Kemudian, saya teringat yang saya pernah dapat hadiah daripada Kak Suria Amanda (SA) sebelum ni. Apabila tengok semula tarikh, secara kebetulan saya menang hadiah top commentators untuk bulan Ogos juga. Tapi pada tahun 2019.

Setelah dua tahun, ada lagi rezeki untuk dapat hadiah daripada Kak SA. Lama sangat jarak masa mungkin sebab selepas tu saya sibuk dengan projek tahun akhir. Jadi, kurang masa untuk blogwalking

Sebelum ini, hadiah yang diberikan oleh Kak SA ialah sebuah buku resepi. Ada cerita di sebalik proses penerimaan hadiah tu. 

Bungkusan dipulangkan semula disebabkan saya tak tahu pun bungkusan dah sampai Melaka dan tak tuntut dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jadi, terpaksalah tukar ke alamat di Pahang. Nasib baik bungkusan tu sampai dengan selamat akhirnya.

Untuk kali ini, saya tak pastilah apa hadiahnya. Nanti saya akan buat satu entri khas setelah hadiah itu sampai. 

Sebelum saya akhiri entri ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kak SA atas penghargaan yang diberikan buat yang rajin tinggalkan komen di blog Suria Amanda. Semoga Kak SA sentiasa dimurahkan rezeki. 

Sekian sahaja untuk entri kali ini. Jumpa lagi. 

Comments

Post a Comment