YouTube TWJ Dah Dapat 100 Subscribers

 Hai semua. Hari ini ada satu lagi berita gembira yang ingin saya kongsikan, iaitu YouTube TWJ sudah mendapat 100 subscribers.

Sebenarnya, saya sudah ada saluran YouTube sejak November 2019. Cuma pada tahun 2019 dan 2020 saya tidak seaktif seperti sekarang. Masa tu sibuk dengan FYP di universiti. Lagipun saya lebih fokus kepada blog.

Namun, hikmah pandemik yang melanda. Saya banyak menghabiskan masa di rumah dan semakin konsisten muat naik video baru di YouTube bermula tahun 2021 ini.

Bilangan subscribers semakin menaik sedikit demi sedikit dan saya pun berkenalan dengan content creator yang ada niche yang sama seperti saluran YouTube saya. 

Namun, faktor yang betul-betul menyumbang kepada kenaikan dalam bilangan subscribers ialah kemunculan saya dalam program Wanita Hari Ini (WHI) pada Julai 2021. 

Saya tak jangka pun akan dapat jemputan daripada WHI. Memang rezeki pada tahun 2021. Boleh dikatakan tahun 2021 ni rezeki lebih di YouTube dan blog. 

Rezeki setiap orang berbeza, kan. Ada yang dapat kerja tetap semasa ramai kehilangan kerja. Ada yang berpeluang tinggal dengan keluarga sementara ramai yang dah bertahun-tahun tak dapat berjumpa keluarga.

Apa-apa pun, sentiasa bersyukur dengan rezeki yang kita dapat. Teruskan usaha sehingga usaha kita membuahkan hasil.

Walaupun pencapaian YouTube saya tidak sehebat content creator yang lain, saya bersyukur kerana terdapat peningkatan.

Terima kasih kepada semua penyokong The Wonderful Jannah. Semoga anda diberikan kejayaan dan dilimpahi dengan rezeki yang banyak.

Jemput singgah ke YouTube The Wonderful Jannah. Jumpa lagi.

Comments

  1. Tahniah Jannah. Semoga terus berjaya.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah tahniah sis. semoga terus consistent upload content di youtube :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah JR! Makin glamer JR lepas ni 👏🏻😎✨

    ReplyDelete
  4. Tahniah Jannah. Ok auto subscribe jugak hehe

    ReplyDelete
  5. Syukur dapat lagi saluran rezeki ya

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, tahniah jannah! Sikit sikit lama lama jadi bukit :D

    ReplyDelete
  7. Tahniah Jannah....semoga terus success

    ReplyDelete

Post a Comment