3 Tempat Untuk Beli Novel Secara Online

Hai semua. Memandangkan sekarang ini pembelian novel secara atas talian semakin popular, pasti ramai ingin cuba membeli novel dengan cara sebegini juga.

Namun, buat yang belum pernah membeli novel secara atas talian, saya kongsikan beberapa tempat untuk anda membeli novel sebagai rujukan.

*Perkongsian saya adalah berdasarkan pengalaman saya ketika entri ini ditulis. Kualiti novel dan perkhimatan yang diberikan oleh penjual mungkin berbeza bagi orang lain dan pada masa yang berbeza.

NOTA: Senarai di bawah bukan disusun mengikut ranking. Saya hanya susun secara rawak.

1. Media sosial penulis/penerbit
Kebanyakan novel yang saya beli secara atas talian adalah secara langsung daripada penulis dan penerbit. Kebiasaannya penulis akan mempromosikan novel yang diterbitkan sendiri di media sosial masing-masing.

Sangat mudah apabila membeli novel melalui platform ini kerana saya tidak perlu membuat akaun baru. Boleh terus DM, Whatsapp atau mesej di Messenger. Namun, pastikan akaun tersebut memang akaun asli penulis novel sebelum anda membuat apa-apa pembelian.

2. Shopee
Sekarang ni macam-macam benda yang kita boleh beli di Shopee termasuklah novel. Terdapat ramai penulis dan penerbit novel yang mula menjual novel di Shopee juga. Namun, pastikan anda hanya beli novel yang asli, bukan ebook yang diambil daripada karya orang lain.

Selalunya saya akan tunggu promosi dan jualan untuk mendapatkan diskaun. Memang kena peka dengan sebarang promosi yang sedang berlangsung. Tapi kalau risau novel tersebut akan kehabisan stok, terus beli sajalah😂.

3. Popular Online
Sebagai seorang pengunjung tetap di Popular Bookstore, pandemik yang melanda membuatkan saya tidak dapat ke ke sana secara kerap seperti dulu. Jadi, saya belajar untuk membeli novel melalui Popular Online.

Walaupun pengalaman membeli-belah di kedai buku lebih menyeronokkan, membeli secara atas talian juga ada kebaikkannya. Sama seperti Shopee, Popular Online juga sering membuat promosi. Saya memang akan beli banyak novel sekaligus sebab rugi bayar kos pengeposan kalau beli sikit je😂.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Apa-apa pun, jadilah pengguna yang bijak dan selidik terlebih dahulu tentang penjual sebelum membuat sebarang pembelian. Pastikan anda tidak boros juga.

Comments

  1. dulu rajin masuk popular tapi sekarang ni semua beli melalui publisher di shopee, harga ditawarkan pun sangat murah dan berbaloi lagi2 beli waktu sale..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kak. Berbaloi kalau beli waktu promosi.

      Delete
  2. Satu lagi jannah.. https://www.karangkrafmall.com/

    ReplyDelete
  3. Ammi beli dr MPHonline kadang2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh, saya tak pernah lagi beli buku di MPHonline.

      Delete
  4. Cheq pula suka baca buku secara online dari Play Books app. ja sekarang ni 🤓

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah cuba lagi baca buku di situ. Mungkin boleh cuba nanti.

      Delete

Post a Comment