Perkembangan Dan Perubahan Blog TWJ

Hai semua. Sekarang ini, bulan Oktober yang merupakan bulan istimewa sudah menghampiri ke penghujungnya. Kenapa Oktober sangat istimewa? Hal ini kerana pada bulan Oktober bermulanya perjalanan The Wonderful Jannah.

Macam tak percaya saja bahawa sudah tiga tahun saya mengendalikan The Wonderful Jannah. Pantasnya masa berlalu. Sejujurnya, saya pun tak percaya TWJ boleh sampai ke tahap macam ni.

Banyak perkembangan dan perubahan yang sudah dilalui TWJ daripada tahun 2018 hingga 2021. Saya mulakan TWJ tanpa pengalaman dan ilmu dalam dunia blogging dan masih belajar sehingga sekarang.

Antara perbezaan yang ketara adalah bahasa yang digunakan di TWJ. Pada awal kemunculan TWJ, entri berbahasa Inggeris mendominasi. Namun, kini semakin banyak entri dalam bahasa Melayu agar TWJ lebih dekat dengan rakyat Malaysia.

Selain itu, TWJ yang mempunyai niche gaya hidup boleh dijadikan rujukan dalam pelbagai bidang. Terdapat entri resepi, review novel, pengalaman di universiti dan sebagainya. 

Saya sangat gembira apabila perkongsian di TWJ bermanfaat kepada sesiapa yang membaca. Contohnya, pelajar yang mendapat tawaran dalam kursus bioinformatik boleh mendapat sedikit gambaran tentang kursus tersebut. Ada juga yang DM saya di Instagram untuk mengetahui lebih lanjut tentang bioinformatik. 

Di samping itu, TWJ juga semakin dikenali oleh rakan-rakan blogger. Ramai rakan baru yang saya peroleh dengan menyertai segmen/giveaway

Semoga TWJ terus maju jaya dan dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Saya akan cuba yang terbaik untuk terus menghasilkan entri-entri yang berkualiti.

Sebelum saya akhiri entri ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung blog The Wonderful Jannah. Kehadiran anda ke blog ini amat saya hargai.

Hanya Tuhan saja yang mampu membalas segala kebaikan yang anda berikan. Semoga anda semua sentiasa dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Jangan lupa untuk singgah ke blog ini selalu๐Ÿ˜Š. Jumpa lagi.

Comments

Post a Comment