Seronok ke baca ebook?

Hai semua. Nampaknya beberapa hari lagi tahun 2021 akan meninggalkan kita. Bagi peminat buku di luar sana, berapa banyak buku yang anda baca tahun ini?

Boleh dikatakan buku yang saya baca tahun ni tak adalah banyak mana tapi nasib baik berjaya capai target. Untuk tahun 2021 ni, saya bukan sahaja baca buku fizikal tetapi baca ebook juga. 

Pada mulanya, saya bukanlah seorang yang membeli ebook kerana rasa membazir keluarkan duit tapi tak dapat pegang buku tu. Namun, pandemik yang melanda mengubah tanggapan saya tentang ebook.

Disebabkan kilang pencetakan ditutup, ramai penulis novel yang menjual ebook atau memberikan ebook sebagai ganti kerana kelewatan dalam pengeposan novel. Memandangkan saya tak dapat ke kedai buku & proses pengeposan novel juga sangat lambat, saya cuba membeli ebook.

Satu perkara yang saya suka apabila beli ebook adalah tiada kos pengeposan. Jadi, memang bayar harga ebook sahaja. Harganya pula lebih murah berbanding novel yang dicetak. 

Selain itu, saya dapat jimatkan ruang penyimpanan fizikal di rumah. Kalau peranti anda seperti telefon bimbit mempunyai ruang penyimpanan yang besar, memang tiada masalah untuk simpan ebook tersebut. 

Penghantaran ebook pun agak capat kalau ada ready file. Namun, ebook juga ada kekurangannya. 

Memang seronok baca ebook jika bilangan muka surat hanya 200-300 muka surat. Kalau bilangan muka surat terlalu banyak, pedih mata untuk membaca bagi tempoh masa yang lama😂. 

Selain itu, sesetengah ebook disertakan dengan kata laluan. Kalau tak ingat kata laluan, memang tak boleh bacalah ebook tu. Agak leceh berbanding dengan buku yang dicetak.

Walalupun kita sudah memasuki era digitalisasi, tetapi keseronokan membaca buku fizikal tidak dapat ditandingi oleh ebook.

Kesimpulannya, ebook merupakan bahan bacaan yang menarik tetapi tidak dapat menggantikan buku fizikal.

Comments

  1. Setakat ni ammi belum pernah beli e-book. Baca mana yg ada free je. Huhuhu kedekutkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mula-mula pun baca ebook percuma yang diberikan oleh penulis., Ammi.

      Delete
  2. setakat ni beli e-book rasa macam tak puas sebab nivel dia terasa pendek berbanding novel reality. Well, harga dia pun lebih murah la berbanding harga yang boleh dipegang. Over all, I like buku lagi dari e-book.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, Kak Aien. Saya pun lebih suka buku fizikal. Sekali-sekala bolehlah baca ebook.

      Delete
  3. Sha pun dah beradaptasi dengan ebook.. Mula-mula dulu baca melalui aplikasi percuma macam PNM e-Reader, Oakbee Buffet dan Google Play Books.. Lepas tu baru beli dan mula mengumpul ebook selain buku fizikal..
    Keseronokkan membaca jadi lebih puas bila pegang buku fizikal sebenarnya tapi nak tak nak kenalah juga beradapatasi dengan dunia digital ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Kak Sha. Kena belajar untuk beradaptasi.

      Delete

Post a Comment