Borong Novel-Novel Syamnuriezmil

Hai semua. Macam sudah lama kan saya tidak berkongsi tentang novel Syamnuriezmil. Jadi, hari ini saya ingin kongsikan tentang novel-novel Syamnuriezmil yang saya beli baru-baru ini.

Sebenarnya dah lama juga saya tak beli novel daripada penulis Syamnuriezmil sebab saya tunggu beliau keluarkan karya baru terlebih dahulu. Saya suka beli banyak novel sekaligus untuk jimat kos pengeposan. 

Memandangkan Syamnuriezmil buka tempahan untuk novel Mr. Groom pada hujung tahun lepas, saya pun beli beberapa novel lain juga. Walaupun pre-order dan harus menunggu sehingga bulan Januari, saya tak kisah sebab memang dah lama tunggu untuk beli novel beliau.

Akhirnya, novel telah sampai pada pertengahan Januari. Jom kita lihat.

Novel-Novel Syamnuriezmil

Saya beli empat buah mini novel, iaitu Mr. Groom, Ayat-ayat Halal, Bukan Roommate Biasa dan My Sweet Stranger. Tapi Mr. Groom tu tebal berbanding mini novel yang lain. 

Terdapat juga free gift seperti biasa. Kali ini saya dapat kalendar tahun 2022 dan pen. Boleh dikatakan tiap-tiap tahun akan dapat kalendar daripada The Chapter Bookstore (TCB) kalau ada stok.

Setakat ini saya baru habis baca Mr. Groom dan Bukan Roomate Biasa. Dua lagi novel tu masih menunggu giliran. Nanti saya akan cari masa untuk tulis review di blog bagi yang sedang mempertimbangkan sama ada nak beli novel tersebut.

Sampai sini sahaja entri kali ini. Jumpa lagi.



Comments

  1. baru ada Ayat-Ayat Halal, best novel ni. comel..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru beli Ayat-ayat Halal. Tak sempat baca lagi.

      Delete
  2. selamat membaca. sis dulu hantu novel gak. penuh almari haaa.. sekali baca selagi x habis, selagi tu dok hadap je novel tu, sampai suami tegur bila dok sengeh sorang2 hehe.. tapi skrg x sempat mana dh nk layan novel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Semakin banyak komitmen, semakin kurang masa untuk membaca novel

      Delete
  3. Akak pun suka baca karya Syamnuriezmil ni..ada a few gak kat rumah...cumanya x ikut sangat yang terbaru apa...x leh beli sebab banyak giler lagi novel x abis baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang beli je dulu, Kak SA. Tapi tunggu ada masa baru baca😂.

      Delete
  4. Tu dia sampai 4 diborongnya mesti tak sabar nak habiskan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cari masa untuk habiskan pembacaan, kak. Yang penting beli dulu😂.

      Delete
  5. Wah.. meriah tajuk-tajuknya.. Lama dah tak baca novel penulis ini.. Seronok bila diberi free gift kan Jannah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Kak Sha. Selain novel, free gift memang ditunggu-tunggu.

      Delete

Post a Comment