Hai semua. Entri hari ini khas buat yang sedang mencari menu untuk sarapan.
Dulu, saya selalu ambil makanan yang berat seperti nasi goreng untuk sarapan. Tapi sejak tinggal di Melaka ketika melanjutkan pengajian di universi, pemilihan makanan saya untuk sarapan sudah berubah.
Orang di negeri-negeri Pantai Timur memang sering makan hidangan berasaaskan nasi seperti nasi kerabu, nasi dagang dan nasi berlauk pada waktu pagi.
Namun, disebabkan susah untuk mendapatkan hidangan sedemikian di Melaka dan saya dikelilingi dengan orang yang sering makan roti dan oat untuk sarapan, saya pun sudah terbiasa makan roti semasa sarapan😂.
Apabila dah balik ke Pahang pun, masih terbiasa makan roti atau hidangan yang ringkas je untuk sarapan. Kadang-kadang tu, saya makan biskut dan tuna sahaja,
Jom kita lihat menu sarapan berasaskan roti yang anda juga boleh cuba.
Menu Sarapan Yang Ringkas |
Kalau ada masa lebih dan agak rajin, biasanya saya akan sertakan salad dan telur dadar dalam satu hidangan. Untuk roti, saya bakar gunakan kuali sahaja dan sapukan mayones dan taburkan serbuk lada putih. Saya suka bakar roti tu supaya lebih rangup.
Selamat besarapan
ReplyDeleteHari ni sarapan nasi goreng
Selamat bersarapan, WP.
DeleteKak Sha susah nak jumpa Gardenia Canadian Purple Wheat ini dekat area sini..
ReplyDeleteSamalah, Kak Sha. Tak selalu dapat beli roti ni. Kalau tak ada, guna roti putih Gardenia pun boleh.
DeleteKalau Naim suka roti putih + telur. sedap. dengan air teh o panas.
ReplyDeleteMenu ringkas je tapi sedap kan.
Deletebelum pernah lagi cuba roti Gardenia Canadian Purple Wheat tu...
ReplyDeleteBoleh cuba roti tu nanti, Ammi😊.
Deletemudah dan sihat juga
ReplyDelete