Hai semua. Macam lama saja saya menyepi kan. Agak sibuk sikit dua tiga minggu ni dan ketandusan idea. Akhirnya, berkesempatan juga untuk kembali menulis. Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi tentang fish and chips yang dimasak oleh adik saya.
Tiba-tiba saja adik saya nak masak fish and chips. Jadi, kami pun belilah bahan-bahan yang diperlukan seperti ikan dori, daun parsli, mayones, lemon dan sebagainya. Banyak jugalah bahan-bahannya.
Ikan dori tu kami beli di Aeon dengan harga RM 9.90 sepaket. Filet ikan dalam paket tu memang besar dan boleh potong dua setiap filet tu.
Jom kita lihat gambarnya.
Fish and Chips |
Selain daripada filet ikan ikan yang digoreng, terdapat juga coleslaw, kentang goreng, sos tartar, daun parsli dan hirisan lemon. Untuk rasa yang lebih sedap, lemon tu kita kena perahkan pada sos tartar.
Memang sangat mengenyangkan dan kehadiran coleslaw tu dapat menyeimbangkan rasa berminyak dari kentang dan ikan.
Maaflah tiada resepi sebab masa tu saya tidak berpeluang untuk tengok macam mana adik saya masak. Terus makan apabila makanan dah siap😂.
Sekian sahaja untuk entri kali ini. Jumpa lagi.
Pandai adik JR masak, nampak macam beli kat restoran western 🤓👍🏻
ReplyDeleteDia memang pakar dalam masakan macam tu, CS.
Deletewahhh sedap tu. fillet dory memang my favourite. selalu juga beli, biasa goreng tepung
ReplyDeleteMemang sedap kan filet dori.
DeletePandainya adik Jannah.. Menarik dan lebih puas bila buat sendiri..
ReplyDeleteBetul tu, Kak Sha.
ReplyDelete