5 Cara Untuk Dapatkan Idea Masakan

Hai semua. Sebagai seorang ibu, blogger masakan ataupun youtuber masakan mesti anda pernah ketandusan idea masakan. Kadang-kadang tak tahu dah menu apa yang ingin dimasak😂. Oleh itu, saya ingin kongsikan dengan anda cara saya mendapatkan idea masakan.

Jom kita baca.

1. Blogwalking
Untuk mendapatkan idea, kita boleh blogwalking ke blog rakan-rakan blogger. Terdapat ramai blogger yang sering berkongsi resepi atau masakan mereka. Apabila sudah dapat idea, bolehlah kita masak megikut cara kita tersendiri.

2. Tonton video di Youtube
Saya sering gunakan cara ini untuk mencari idea masakan untuk YouTube The Wonderful Jannah. Dengan menonton video masakan, saya dapat mengkaji tentang resepi yang sedang menjadi carian utama di YouTube dan dapat mencari tajuk yang bersesuaian untuk video saya.

3. Minta pandangan orang sekeliling
Cara yang paling mudah adalah minta pandangan ahli keluarga atau rakan terdekat. Mungkin mereka tahu resepi yang sesuai dengan citarasa dan kemahiran memasak kita. Tapi sesiapa yang ada ramai pengikut di media sosial, boleh juga minta pendapat pengikut anda😂.

4. Cari resepi berdasarkan bahan yang ada
Ini merupakan salah satu cara yang selalu saya gunakan. Saya akan tengok terlebih dahulu bahan-bahan yang ada di rumah dan membuat carian di Internet dengan menggunakan bahan utama dalam carian. Kadang-kadang banyak sangat resepi yang menarik sampai tak tahu nak pilih yang mana.

5. Melakukan pengubahsuaian terhadap resepi
Mungkin ada yang perasaan resepi di The Wonderful Jannah ada sedikit persamaan. Saya suka ubahsuai dan tambah baik resepi yang saya pernah cuba. Contohnya, saya melakukan eksperimen dalam masakan untuk mengetahui resepi mana yang lebih baik. Ada masanya saya akan masak resepi yang sama tetapi dalam versi yang berbeza.

Semoga perkongsian saya ini bermanfaaat kepada semua dan dapat membantu anda untuk mecari idea masakan. 

Sekian sahaja untuk etri kali ini. Terima kasih kerana singgah di The Wonderful Jannah. Jumpa lagi😊.



Comments