Hadiah Top Commentator Mei 2022 Dari Suria Amanda

Hai semua. Nampaknya ada rezeki saya buat kali ketiga sebagai pemenang top commentator di blog Suria Amanda. Setahun sekali berpeluang dipilih sebagai top commentator.

Sebelum ini, saya pernah dapat buku resepi dan beg daripada Kak SA. Untuk kali ini, saya tidak pasti apakah hadiah yang bakal saya terima. 

Agak cepat jugalah hadiah sampai ke rumah. Jom kita lihat hadiah yang saya dapat kali ini.

Hadiah Top Commentator Mei 2022 Dari Suria Amanda

Seperti yang anda dapat lihat dalam gambar di atas, itulah hadiah yang saya terima daripada Kak SA. Pemilihan warna merah jambu yang cantik dan ada tertulis nama Jannah di atasnya.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kak SA atas hadiah yang diberikan. Semoga Kak SA sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Jangan lupa untuk singgah ke blog Suria Amanda dan tinggalkan komen anda. Jom bersama-sama menyokong rakan-rakan blogger kita.

Jumpa lagi dalam entri akan datang.

Comments

Post a Comment