Tak Sangka Sudah 5 Tahun Usiamu

Hai semua. Mesti semua tertanya-tanyakan siapakah yang berusia 5 tahun itu. Sebenarnya, itulah usia blog The Wonderful Jannah. Baru teringat blogversary TWJ ialah pada beberapa hari lepas. 

Disebabkan kesibukan dengan urusan harian, sampai terlupa ulang tahun kelahiran TWJ. Mungkin sesetengah orang menganggap tiada yang istimewa pun. Namun, bagi saya, TWJ ini merupakan sebahagian daripada perjalanan hidup saya.

Banyak pengalaman, ilmu dan rakan baru yang saya peroleh sejak wujudnya TWJ ini. Terima kasih kepada rakan-rakan blogger dan para pengunjung yang sering singgah di sini walaupun sekarang ni saya jarang tulis entri baru.

Saluran YouTube saya juga bermula selepas adanya TWJ. Semoga selepas ini saya dapat kembali aktif di YouTube juga. Jangan lupa untuk terus tonton video resepi di The Wonderful Jannah.

Doakan saya dapat terus menulis entri baru di The Wonderful Jannah dan semoga lebih banyak kejayaan yang dapat dicapai bersama. 

Terima kasih semua. Semoga anda semua sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Jumpa lagi😊.

Comments

  1. Happy anniversary bersama TWJ!!! nk kata #tilljannah kelakar pulak kan? hahaha... teruskan sharing resepi & info bermanfaat ya jannah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Kakmim. Semoga blog Kakmin juga terus maju.

      Delete
  2. Semoga TWJ terus bersiaran mewarnai dunia blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, WP. Semoga blog WP juga terus maju jaya.

      Delete
  3. wah congrats jannah. semoga terus berblog

    ReplyDelete

Post a Comment