Hai semua.
Pada 19 Januari yang lalu saya telah melancarkan pencarian bloglist untuk blog ini. Setelah lebih kurang 2 minggu, saya menerima sebanyak 20 penyertaan daripada rakan-rakan blogger. Sungguh saya tidak sangka ramai yang akan menyertai segmen ini memandangkan saya merupakan blogger baru dan kurang dikenali oleh blogger yang lain.
Terima kasih kepada semua yang sudi memberikan sokongan dengan menyertai segmen ini. Saya sangat menghargai penyertaan anda tetapi maaf saya tidak dapat memasukkan semua ke dalam bloglist saya, hanya 10 blog akan dipilih. Untuk pengetahuan anda, pemilihan ini saya lakukan sendiri berdasarkan penilaian terhadap fakta yang para peserta berikan.
Saya dapat melihat usaha gigih anda semua untuk mencari satu fakta menarik tentang saya, malah ada yang memberikan lebih daripada satu fakta. Bagi yang tidak berjaya untuk segmen kali ini, jangan berputus asa kerana anda boleh mencuba lagi di segmen yang lain (kemungkinan besar akan ada segmen yang lain disebabkan sambutan yang baik untuk segmen ini).
Anda dialu-alukan untuk blogwalking ke blog yang lain sebagai tanda sokongan dan juga bagi mengeratkan hubungan sesama rakan blogger. Senarai peserta untuk segmen ini saya letakkan dalam entri yang lain (klik sini untuk baca). Anda boleh lihat senarai pemenang di bawah. Tahniah kepada para pemenang.
Senarai Pemenang Segmen Bloglist By The Wonderful Jannah
1.YEASLMN
2. Kasihku Amani
3. Syafiqa Hatta
4. The Grey Lines Between
5. Yaya Azura
6. Mama Pipie
7. Sayidah Napisah
10. Aynorablogs
*Keputusan adalah muktamad.
Thank you Jannah. Tahniah juga kepada pemenang yang lain.
ReplyDeletebtw, boleh je join giveaway blog yaya, Google+ pun google nk hapus dah.
Ok, Yaya. Saya akan join nanti😊
DeleteTahniah semua
ReplyDelete#jmbelog
Terima kasih sudi join, JM.
DeleteYeah mama.terpilih. tq Jannah mama masukkan Jannah dlm bloglist
ReplyDeleteTerima kasih, mamapp.
DeleteTahniah buat mereka yang menang segmen ini. Tak apalah bukan rezeki. Hehehe next time saya cuba lagi :)
ReplyDeleteIt's okay, Fie. Mungkin ada rezeki next time😊
DeleteTerima kasih Jannah! Tahniah juga yg lain :)
ReplyDeleteSama-sama, Yea.
DeleteTerima kasih, Jannah. Moga murah rezeki Jannah Insya Allah :)
ReplyDeleteSama-sama, ABM. Semoga ABM juga dimurahkan rezeki.
DeleteAlhamdulillah.. terima aksih Jannah.. Tahniah juga buat semua pemenang..
ReplyDeleteSama-sama, Kak Sha. Tahniah terpilih sebagai pemenang.
DeleteTahniah semua. xpa. janji ukhwwah sesama blogger terjalin.. **peace
ReplyDeleteTerima kasih sudi join segmen ni, Naim. Mungkin ada rezeki lain kali.
DeleteTahniah kepada pemenang :)
ReplyDeleteLain kali joinlah, Ejulz😊
DeleteAssalamualaikum . tahniah kepada pemenang . singgah and follow teratak blog sis jannah :)
ReplyDeleteTerima kasih sudi follow blog ni😊
DeleteSama-sama. Semoga Kak Shafiqa terus aktif berblog😊
ReplyDelete