Hai semua.
Hari ini saya kembali dengan sambungan e-novel Kan Kutunggu Kau Kembali. Kepada yang belum baca prolog, boleh baca prolog e-novel ini dalam entri yang lain. Saya akan letak link untuk prolog di bawah. Terima kasih kepada yang sudi baca karya saya yang biasa-biasa ini. Selamat membaca.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*Maaf jika terdapat sebarang kekurangan dalam karya ini kerana saya masih baru dalam bidang penulisan novel. Saya sangat hargai jika anda meninggalkan komen yang positif dan membina.
Hari ini saya kembali dengan sambungan e-novel Kan Kutunggu Kau Kembali. Kepada yang belum baca prolog, boleh baca prolog e-novel ini dalam entri yang lain. Saya akan letak link untuk prolog di bawah. Terima kasih kepada yang sudi baca karya saya yang biasa-biasa ini. Selamat membaca.
Shal, kau ada apa-apa plan
untuk lunch tak?-Aqil BFF
Tak ada lagi. Kenapa? Kau
nak belanja ke?-Eshal BFF
Baguslah kalau kau tak ada
apa-apa plan. Jom lunch sama-sama nanti. Aku tunggu kau kat lobi macam biasa-Aqil
BFF
Ok, tak sabar nak makan
makanan yang kau belanja haha.-Eshal BFF
Aqil yang berada di pejabatnya
berasa gundah gulana kerana tawaran kerja di United Kingdom yang diperoleh
beberapa minggu yang lalu. Syarikat tempat dia bekerja bakal membuka cawangan
yang baru di sana dan dia merupakan antara pekerja daripada cawangan Malaysia
yang terpilih. Dia merasakan ini satu peluang yang baik untuk dia mendapatkan
jawatan yang lebih tinggi dan gaji yang lebih mahal. Namun, dia berat hati
untuk meninggalkan Eshal di Malaysia.
Mereka berdua berkenalan semasa
program orientasi di Multimedia & Management University. Semuanya bermula apabila
Eshal menegurnya pada hari pertama orientasi. Sikap Eshal yang peramah
menyebabkan Aqil berasa selesa untuk berkawan dengannya.
“Hai. Aku Eshal Mikayla, budak marketing.” Eshal menegur budak lelaki yang duduk di sebelahnya
sementara menunggu program bermula.
“Hai. Aku Aqil Rayyan, budak engineering,” jawab Aqil. Dia tidak menyangka gadis itu akan menegurnya
terlebih dahulu.
“Oh, budak engineering. Mesti keputusan SPM kau gempak. Kau dari mana? Datang
mendaftar seorang diri saja ke? Aku tengok kau bersendirian saja sejak pagi
tadi.” Kenapalah mulut kau ni banyak tanya sangat, Eshal. Nampak sangat kau
sibuk nak ambil tahu tentang dia. Mesti dia fikir yang kau minat dengan dia.
“Result aku biasa-biasa saja. Cukuplah untuk sambung belajar di MMU
ni. Aku berasal dari Kuantan, Pahang. Aku memang datang sendiri saja sebab aku
anak yatim piatu. Aku tak pernah berjumpa kedua ibu bapaku. Aku tinggal di
rumah anak-anak yatim di Kuantan,” jawab Aqil dengan rasa sedih. Dia berasa
sedih apabila melihat pelajar yang lain dihantar oleh ibu bapa mereka.
“Maaflah kalau kata-kata aku
membuat kau rasa sedih. Aku pun orang Pahang. Aku lahir di Kuantan tetapi
berpindah ke Temerloh ketika aku berusia 6 tahun. Aku tinggal dengan ibu dan
adik perempuan aku setelah ayah pergi meninggalkan kami 2 tahun lepas.
Memandangkan adik aku masih bersekolah, ibu tidak dapat menghantar aku untuk
pendaftaran hari ini. Nanti bolehlah kita balik ke Pahang sama-sama. Akhirnya
aku jumpa kawan sekampung. Semua orang yang aku jumpa setakat ini berasal dari
Melaka, Johor dan Selangor.”
“Apa kata kau bagi nombor
telefon kau? Senang sikit aku nak contact
kau nanti,” kata Aqil. Dia sangat berharap agar Eshal tidak menolak
permintaannya kerana Eshal merupakan kawan pertamanya di sini.
Eshal menyatakan persetujuan dan
terus memberikan nombor telefonnya. Dia juga meminta nombor telefon Aqil.
Persahabatan mereka berkekalan
sehingga ke alam pekerjaan apabila mereka mendapat tawaran kerja di syarikat
yang sama. Disebabkan Aqil anak yatim piatu, Eshal lah satu-satunya orang yang
rapat dengannya dan ibu Eshal, Puan Aqilah sudah seperti ibunya.
Aduh, habislah aku. Macam mana
aku tak sedar dah pukul satu ni. Mesti Aqil membebel sebab aku lambat, kata
Eshal di dalam hati. Dia memang seorang yang sangat fokus ketika membuat kerja
sehingga boleh terlupa untuk makan.
Tergesa-gesa Eshal pergi ke lobi
dan apabila dia tiba di sana kelihatan Aqil dengan muka yang masam. Dengan
membuat muka tak bersalah dan perasan comel, dia meminta maaf kepada Aqil.
“Qil, sorry sangat-sangat. Aku tak sedar dah pukul satu tadi. Lepas ni,
aku janji yang aku akan cuba untuk lebih menepati masa,”pujuk Eshal.
“Shal, kau ni kan.”
“Eh, Qil. Bukan kita dah lambat
ke? Apa kata kau sambung membebel dalam kereta sebab aku dah lapar sekarang
ni,”kata Eshal kerana dia malas untuk mendengar bebelan Aqil.
“Nasib baiklah kau ni kawan baik
aku dan aku sayang kau. Kalau orang lain ni, memang aku dah tinggal,”ucap Aqil
sambil mereka berjalan menuju ke keretanya. Eshal memang tahu cara untuk
mengelak daripada mendengar bebelannya.
Ketika di dalam kereta, Eshal
terus menghidupkan radio. Kereta Aqil umpama keretanya juga dan Aqil tidak
pernah marah dia berbuat demikian. Kadangkala dia yang menjaga kereta Aqil jika
Aqil outstation.
“Shal, kau ada teringin nak
makan apa-apa tak?”tanya Aqil.
“Tak ada. Aku ikut kau aje sebab
kau yang akan keluar duit untuk lunch ni.
Asalkan tempat tu bersih, halal dan makanan sedap, aku tak kisah,”jawab Eshal.
Ini merupakan salah satu perkara yang Aqil suka tentang Eshal. Dia jenis yang
sentiasa bersyukur dan tidak pernah meminta-minta daripada orang lain.
“Kalau macam tu, kita makan kat
Aeon Mall sebab dekat sikit dengan office.
Lagipun aku nak keluarkan duit dulu sebelum kita pergi makan.”
Apabila mereka sampai di Aeon
Mall, Aqil pergi ke ATM manakala Eshal menunggunya di KFC. Aqil memang tahu
banyak benda tentang Eshal termasuklah fakta bahawa Eshal merupakan peminat
tegar KFC. Dia selalu menjadi mangsa untuk menemani Eshal ke KFC jika ada menu
baru yang dikeluarkan.
Shal,
tunggu aku diam-diam kat KFC tu. Kalau ada mana-mana lelaki tegur, jangan
layan.-Aqil BFF
Qil,
aku dah besarlah. Kau tak payahlah risau. KFC ni memang area aku. Cepat sikit
ambil duit. Aku dah kelaparan ni.-Eshal BFF
Yelah,
sayangku Eshal. Otw ke KFC.-Aqil BFF
Ketika asyik berwhatsapp dengan Eshal, Aqil terdengar
seseorang memanggil namanya lalu dia menoleh ke belakang. Kelihatan Zaquan
sedang berjalan menuju ke arahnya.
“Hai, Qil. Lama aku tak jumpa
kau. Aku dengar cerita kau dapat dinaikan pangkat dan akan bertukar ke UK,”kata Zaquan sambil bersalaman
dengan Aqil.
“Ya, betul apa yang kau dengar.
Tapi masih tak tahu bila sebab pejabat di sana masih dalam pengubahsuaian dan
aku kena selesaikan semua kerja di Malaysia sebelum pekerja baru ambil alih
jawatan aku,”jawab Aqil.
“Untunglah kau dapat peluang
macam ni. Walaupun aku bekerja lebih lama daripada kau, tapi sampai sekarang
tak pernah lagi dapat tawaran ke luar negara. Nanti kita sembang lagi lah sebab
wife aku dah tunggu. Anak aku tak
berapa sihat jadi tak boleh kita bersembang lama-lama,” kata Zaquan sebelum
bergegas mendapatkan isterinya.
Nasib baik Eshal tak ada tadi.
Kalau tak, mesti dia dah mengamuk, ujar Aqil di dalam hati. Dia terus mengatur
langkah ke KFC.
terbaek :)
ReplyDeleteTerima kasih, Ejulz😊.
Deletemenarik, nak cari juga novel ni. tq jann.. shu dah masukkan dlm bloglist. tq join :D
ReplyDeleteNovel ni tak ada dijual di pasaran, Kak Shu. Sebab saya yang tulis sendiri😅. Tapi tak siap tulis lagi sebab kekangan masa. Terima kasih sudi baca e-novel ni dan masukkan blog ni dalam bloglist Kak Shu.
Delete