Temerloh, yang juga digelar sebagai 'Bandar Ikan Patin' dan 'Titik Tengah Semenanjung' merupakan salah satu daerah di Pahang. Antara daya tarikan di Temerloh sudah semestinya ikan patin masak tempoyak. Tapi dalam entri ini fokus utama bukanlah ikan patin masak tempoyak. Fokus hari ini ialah Taman Esplanade Temerloh.
Memang cantik pemandangan di taman tu yang berkonsepkan waterfront. Bandar Temerloh ni terletak di persimpangan antara Sungai Pahang dan Sungai Semantan. Dahulu pengunjung boleh menaiki bot untuk menyeberangi sungai tetapi tidak pastilah sama ada perkhidmatan tersebut masih beroperasi ataupun tidak.
Selain itu, terdapat juga kedai makan yang beroperasi untuk makan tengah hari. Disebabkan saya sampai agak awal, lauk-pauk yang dijual semuanya baru siap dimasak. Saya makan ayam masak kurma bersama dengan salad.
Berhampiran dengan gerai makanan tersebut, terdapat jambatan gantung tetapi ditutup. Jadi, dapat tangkap gambar dari jauh sajalah. Ada juga replika ikan yang diperbuat daripada bahan kitar semula seperti botol air.
Kemudahan lain yang terdapat berhampiran dengan Taman Esplanade Temerloh adalah tandas awam dan stesen minyak. Jika anda berkunjung ke sana pada hari Ahad, anda boleh pergi ke pasar minggu terpanjang di Semenanjung Malaysia, iaitu Pekan Sari Temerloh.
Sekian sahaja untuk perkongsian hari ini. Jumpa lagi dalam entri yang akan datang.
Tempat untuk dilawati di Pahang:

Temerloh, Pahang |

Nasi, ayam kurma dan salad |
Berhampiran dengan gerai makanan tersebut, terdapat jambatan gantung tetapi ditutup. Jadi, dapat tangkap gambar dari jauh sajalah. Ada juga replika ikan yang diperbuat daripada bahan kitar semula seperti botol air.
Jambatan Gantung Temerloh |
Kemudahan lain yang terdapat berhampiran dengan Taman Esplanade Temerloh adalah tandas awam dan stesen minyak. Jika anda berkunjung ke sana pada hari Ahad, anda boleh pergi ke pasar minggu terpanjang di Semenanjung Malaysia, iaitu Pekan Sari Temerloh.
Sekian sahaja untuk perkongsian hari ini. Jumpa lagi dalam entri yang akan datang.
Tempat untuk dilawati di Pahang:
kak ana pernah sampai sini sekali masa misi mencari ikan patin beberapa tahun dulu siap naik river boat tu hehe
ReplyDeleteBiasanya memang orang datang dari jauh dengan misi mencari ikan patin😁.
DeleteWah.. menarik.. Ada rezeki nak singgah sinilah.. Dah lah baru lepas baca komik travelog pasal Pahang.. hehehe
ReplyDeleteDialu-alukan untuk datang, Kak Sha😁.
Delete