Hadiah Kemenangan Segmen By Mamapipie & Cariblogger

Hai semua. Entri ni adalah entri berkaitan kemenangan saya dalam sebuah segmen. Sebenarnya dah lama hadiah sampai cuma baru sekarang nak update di blog. Kalau nak tahu apa hadiahnya, kenalah baca entri ni sampai habis.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Mamapipie dan Cariblogger kerana menganjurkan segmen yang menarik. Tak sangka resepi ayam mayonis bersama kentang membawa tuah.

Saya memang tak jangkakan kemenangan sebab selalunya tak terpilih pun sebagai pemenang kalau sertai mana-mana segmen. Mungkin rezeki untuk tahun 2020. Saya terpilih sebagai pemenang untuk set mekap Fenty Beauty by Rihanna. Jom kita lihat hadiahnya.


Fenty Beauty by Rihanna


Fenty Beauty by Rihanna


Cantik packagingnya. Antara kandungan set mekap Fenty Beauty adalah gincu dan maskara. Ada 7 barang dalam satu kotak tu.

Sampai sini saja entri kali ni. Jumpa lagi😊.

Comments

Post a Comment