EXPERIENCE: Pertama Kali Kelim Kuih Temosa

Hai semua. Kembali lagi dalam siri Experience di blog The Wonderful Jannah. Hari ini saya akan kongsikan pengalaman saya kelim kuih temosa.

Sebenarnya, saya suka makan karipap dan temosa tapi selalunya beli kat kedai je😂. Memandangkan sambal kelapa nasi kerabu yang saya gunakan sebagai inti popia mini masih ada baki, jadi saya dan adik pun terus rancang untuk buat temosa.

Disebabkan adik saya lebih pakar dalam menguli tepung, jadi saya kena mengambil tugasan untuk kelim temosa tu. Tak ada pengalaman sebenarnya tapi kitaorang cuba je dulu.

Sebagai persediaan untuk kelim temosa tu, saya tonton video di YouTube terlebih dahulu agar dapat sedikit gambaran. Nampak memang senang apabila tengok orang buat tapi apabila cuba buat sendiri, memang agak struggle.

Setelah menonton beberapa video, saya pun cuba untuk kelim temosa. Jom lihat hasilnya dalam gambar di bawah.

Temosa 

Temosa

Kalau tengok gambar kat atas, ada rupa macam temosa cuma tak tahu kenapa temosa tu jadi melengkung😂. Tak sangka agak menjadi walaupun pertama kali cuba kelim temosa ni. Untuk makan sendiri kat rumah bolehlah. Jom kita lihat hasil selepas digoreng pula.

Temosa yang sudah siap digoreng

Memang dapat pengalaman baru apabila kelim temosa ni. Kepada peminat temosa/karipap, bolehlah cuba kelim temosa/karipap lepas ni. Mana tahu anda pun ada bakat tersembunyi macam saya juga.

Sekian saja untuk entri kali ini. Jumpa lagi.

Comments

  1. Pengalaman tu yang penting..Sedap nampak

    ReplyDelete
  2. cantiknyaaa kelim.. kalo akak ni bersepah2 sikit
    nak buat makan sendiri jadila.

    yang ni comel2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam gambar nampak cantiklah. Yang realiti, biasa-biasa je😅.

      Delete
  3. Dulu2 masa kanak2 pernah lah juga tolong nenek kelim karipap ini.. Sekarang je dah tak pernah buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni kita selalu beli je kan, Kak Sha.

      Delete
  4. Ok Tu nampak cantik.. Ada bakat

    ReplyDelete

Post a Comment